Hello, Windows 8.1

Setelah hampir setahun setengah menggunakan laptop maka tiba jua masa untuk ia meragam. Mula-mula ada sesuatu dalam sistem yang rosak, menyebabkan ia tidak boleh digunakan dengan baik.
Alhamdulillah, setelah ku'upgrade' daripada Windows 7 kepada Windows 8.1, akhirnya masalah itu selesai. Kini aku yang dulu ingin mempertahankan Windows 7 pun tiba-tiba tertarik dengan Windows 8.1 dan semakin biasa dan suka untuk menggunakannya.

Upgrade from Windows 7 to Windows 8.1

Setelah selesai fasa kerosakan sistem dalaman, datanglah pula masalah baru. Suatu hari semasa tengah menggunakannya, tiba-tiba ia terpadam dengan sendirinya, bila tekan suis otetap tidak hidup (masa itu guna power adapter, tak pakai bateri). Bila test power adapter dengan sahabat lain ia menjadi, jadi memang sah la port untuk charge laptop yang rosak.
Bila bawa ke kedai, masyaAllah kena tukar sekali dengan motherboard, kita ikut je la memandangkan kita tak tahu apa-apa pun pasal benda ni. Tapi terpaksa tinggal laptop kat kedai sebab tak mampu nak siap dalam sehari...huhu
Apa pun, alhamdulillah sekarang dah dapat balik laptopku ini. Alexa ranking? Alexa traffic ranking: makin bertambah baik. Traffic rank in Malaysia: merudum jatuh! Nampaknya persaingan di kalangan orang Malaysia semakin sengit untuk meningkatkan nilai Alexa ranking! Challenge Accepted!

2 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama