Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Gambar Banner Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Banner kontes - Klik untuk join

Sebagai perkongsian saya berkaitan dengan kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, saya ingin berkongsi tiga tips yang berkaitan dengan ilmu blogspot yang saya tahu dan pelajari sepanjang pengalaman blogging saya sendiri. Saya ingin berkongsi tips blog nampak menarik, tips blog ramai pengunjung dan tips tambah follower blog.

Tips Blog Nampak Menarik


gambar kedudukan tetapan layout di laman Blogger - sempena kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Tetapan layout di laman Blogger

Untuk sesebuah blog kelihatan menarik, perkara yang perlu ditekankan ialah susun atur widget blog. Aspek ini perlulah kemas dipandang mata agar tidak kelihatan serabut dan senang untuk diterokai oleh sesiapa pun. Cuba bayangkan sebuah kamar tidur yang katilnya cadar dibetulkan, almari teratur, pakaian tersusun kemas dengan kamar yang tidak diuruskan dengan baik dan barangan berterabur di sana sini. Yang mana satu kita lebih rela untuk tidur dalamnya?

Seterusnya warna tema blog. Setiap orang ada warna kegemaran masing-masing. Biasanya warna sesebuah blog itu mengikut citarasa pemiliknya sama ada dia suka warna merah, ungu, jingga, hijau dan banyak lagi pilihan warna yang lain. Sebolehnya elakkan penggabungan dua, tiga atau lebih warna yang tidak sesuai diletakkan bersama melainkan blog anda sememangnya blog pelangi.

Akhir sekali, paparan blog. Peranti apa yang anda biasa gunakan untuk blogging selain desktop dan laptop? Setiap peranti yang berlainan jenis maka lainlah paparan yang dilihat. Pastikan blog anda adalah sebuah blog yang responsif. Informasi untuk buat blog responsif ada di sini.

Tips Blog Ramai Pengunjung


Tips untuk membuatkan blog dikunjungi ramai orang - kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Mengundang pengunjung ke blog

Pertama sekali, blog kita mestilah nampak menarik. Cara untuk blog nampak menarik telah saya kongsikan pada tips di atas. Perlu diingatkan bahawa pengunjung blog bukanlah sekadar blogger sahaja tetapi para pengguna internet di seluruh dunia berkemungkinan menjadi pengunjung kita. Bila ramai yang tertarik maka ramai yang akan suka untuk singgah selalu di blog kita.

Keduanya masa loading blog mesti tidak terlalu lama. Jika terlalu lama sesetengah orang akan bosan menunggu dan terus tutup tab yang sedang loading blog anda. Apa yang melambatkan blog? Biasanya widget-widget yang terlampau banyak diletakkan ataupun gambar-gambar. Kalau kita perhatikan baik-baik, sesetengah blogger otai tidak menggunakan blog archive (arkib blog). Kenapa? Ini kerana ia juga mempengaruhi masa loading blog dan saya baru dapat penerangannya daripada entri yang dikongsikan baru-baru ini oleh Sifu Blogger di sini.

Ketiganya isi penulisan kita. Berkongsilah maklumat-maklumat yang bermanfaat dan menjadi kesukaan ramai. Elakkan berkongsi cerita peribadi sendiri mahupun mengumpat orang lain kerana pengunjung biasanya tidak suka untuk membaca cerita yang entah apa-apa entah dan perkara yang membazirkan masa mereka.

Akhir sekali untuk bahagian ini, rajinkan diri untuk mempromosi blog sendiri. Promosikan blog anda di laman-laman sosial yang banyak terdapat di alam maya. Selain itu, blogwalking juga salah satu cara yang baik di samping meninggalkan komen di entri mereka. Biasanya jika kita kunjungi blog seseorang dan meninggalkan komen, orang tersebut akan membalas balik kunjungan kita.

Tips Tambah Follower Blog


gambar widget follower blog green leaf wafiremli.blogspot.com - kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Follower Pelawat Setia

Aplikasikan segala ilmu yang terdapat dalam tips blog ramai pengunjung yang disebut sebelum ini. Bila blog ramai pengunjung akan ramai juga orang yang sudi jadi follower anda terutama bila anda sertai dan kongsikan entri anda di laman sosial dan group-group blogger yang banyak terdapat dalam Facebook dan Google+.

Jangan kita paksa seseorang untuk follow blog kita, Contohnya komen di blog seseorang, “I follow you, you follow me back”. Biarkanlah mereka sendiri yang buat keputusan untuk follow atau tidak. Cukuplah sekadar kita beritahu kita follow blognya sahaja supaya dia tahu kehadiran kita.

Selain itu, mudahkan orang untuk follow blog kita. Caranya letakkan widget blog follower di kawasan yang mudah dilihat dalam blog. Contohnya letaklah di bawah header blog ataupun di atas entri blog. Kalau nak letak di sidebar disarankan untuk letak di bahagian yang atas berbanding widget-widget yang lain.

Sekadar itu sahaja yang mampu saya kongsikan berdasarkan sekelumit ilmu blogspot yang saya ada. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu blogger-blogger yang masih tercari-cari tips blogger sebegini. Saya juga masih belajar untuk meningkatkan prestasi sendiri.

Wallahua'lam.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

28 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. T kasih diatas perkongsian tips & nasihat wafi.. all the best.. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,ilmu yang sngat bguna kpada warga blogger.. nice..
    ^_______________________^

    BalasPadam
  3. ilmu yang sangat berguna terutama kepada new bloggers

    BalasPadam
  4. tips yg menarik..byk perkongsian tips bermanfaat yg yumida akan belajar dari sini..nice sharing
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat & Good luck wafi!!!

    BalasPadam
  6. Satu perkongsian ilmu yang sangat jelas dan mudah difahami...
    Semoga anda berjaya... :)

    BalasPadam
  7. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  8. Perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua blogger. Tahniah! Semoga berjaya.

    BalasPadam
  9. Nice tips :) Hihi dah lama tak meng-google cara nak naikkan blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi bila dah jumpa apa kata kongsi pada kawan2:)

      Padam
  10. Nice sharing. Jemput baca sini http://pelangiraudhah.blogspot.com/2014/02/cerpen-sebuah-kehidupan.html :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ada kisah baru pula...nak kena baca nih..hehe

      Padam
  11. perkongsian yg baik.. hari tu ada nmpak kontest ni.. tapi masa tu boleh online kejap je, x sempat nk karang entri.. heheh.. all the best..

    BalasPadam
  12. Goood Tips...I always having problem getting readers & followers..

    BalasPadam
  13. Terima kasih diatas perkongsian , info yang amat berguna untuk blogger-blogger yang baru berjinak dalam bidang ini. Penerangan yang jelas dan ringkas amat mudah di fahami. Gud luck semoga terus berkongsi info sebegini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sya Allah...selagi diizinkan-Nya...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama