Bukan Sekadar Miskin Harta

Seorang pemuda melalui sebuah lorong dan ternampak seorang pengemis. Dia mendekati dan menegur pengemis yang kelihatan cukup sihat dan masih berupaya untuk bekerja itu.

Pengemis pegang topi merah
Biar miskin harta tapi kaya jiwa

“Saudara, berhentilah buat kerja macam ni, saya tengok tubuh saudara masih kuat dan cukup sihat untuk melakukan kerja yang lebih baik.”

“Apa kamu ingat aku buat kerja macam ni tak perlu guna tenaga dan kesihatan ke? Kalau aku lemah macam mana aku nak berjalan ke hulu ke hilir setiap hari di tempat orang lalu-lalang untuk mengemis?  Macam mana pula aku nak bertahan kalau hari hujan lebat atau panas terik?”

“Sudahlah buat kerja hina ini, menjatuhkan maruah diri.”

“Siapa kata hina? Dengan buat kerja ni aku dapat bantu orang lain raih pahala bila orang bagi sedekah kat aku. Malah, aku doakan diorang juga. Lagipun ia akan mendatangkan rasa syukur bila aku menerima pemberian daripada orang lain. Aku pun dapat juga pahala percuma bila ada orang mengumpat dan aniaya kat aku. Hina sangat ke?”

Pemuda itu terdiam mendengar penjelasan daripada si pengemis. Rupa-rupanya orang itu bukan sekadar miskin harta sahaja tetapi turut miskin jiwanya, memandang suatu perkara yang sememangnya hina dan tidak perlu sebagai sesuatu yang perkara yang baik.

Orang yang malas sentiasa mendatangkan alasan yang kononnya kreatif dan berhujah untuk memenangkan kemalasannya. Sesuatu keburukan apabila dibalut dengan kebenaran bukan sekadar berjaya menipu orang lain malah diri sendiri pun turut terpedaya.

39 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Betui tu... Sering beralasan utk mmbela diri.. Inilah org yg buta jiwa dan ego tggi...

    BalasPadam
  2. sama la kesnya dengan orang yg malas melakukan suruhan Allah.. mereka "sentiasa mendatangkan alasan yang kononnya kreatif dan berhujah untuk memenangkan kemalasannya"

    BalasPadam
    Balasan
    1. smoga kita terhindar dari termasuk dalam golongan mereka yg terlebih "kreatif" cipta alasan ni.. hehehe

      Padam
  3. orang kita memang suka bagi alasann..

    BalasPadam
  4. alasan yang menggunung dan akan berbicara apa sahaja untuk selamatkan diri

    BalasPadam
  5. cerita ni ada double meaning.. satu kpd pengemis, & satu kpd orang awam yang selalu bersedekah agar lebih berhati2.. bkn apa skrg ni bnyk kes penipuan kan

    BalasPadam
  6. Alasan...hanya untuk melepaskan diri sendiri dari tanggungjawab. Hanya Allah yang maha mengetahui.

    BalasPadam
  7. orang memang suka mencari alasan untuk membela diri walaupun dah terang-terang mereka buat sesuatu yang salah

    BalasPadam
  8. Malas sukar nak berjaya apa lgi nsk cari sumber wang dan terus beramal padaNya

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum ..
    Salam Ukhwah Fillah ...
    Singgah Sambil Follow Sini ..
    Jika Malas Jangan Mengharap Untuk Mendapat Yang Terbaik Dalam Hidup ..
    Nice Sharing ..

    BalasPadam
  10. menjual agama memang lumayan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betapa ruginya orang yang menjual agama.

      Padam
  11. semuga kita tak termasuk dlm golongan ini, bodoh sombong

    BalasPadam
  12. Alahai.. aku pernah berfikiran macam ni.. aku nampak penggemis tu sihat tubuh badan,dan aku fikir kenapa dia tak kerja guna tulang empat kerat sendiri. Salah aku juga berfikir dari satu perspektif saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang lepas biarlah lepas, nanti kalau jumpa lagi situasi macam ni bolehlah kita tegur pula...

      Padam
  13. mana-mana ceruk ada sahaja di ipoh, kl berlambak. tapi itu realitinya

    BalasPadam
  14. Tu namanye.. bodoh sombong.. dah ditegur tanak terima.. banyak pula ayat! aiyoooo...

    BalasPadam
  15. minta dijauhkan dari perkara yg tdk baik.. Salam Jumaat

    BalasPadam
  16. banyak betul alasan dia.. ini dikatakan bodoh sombong tak bertempat.. haish...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita terhindar daripada sikap sebegini.

      Padam
  17. Saya ingat satu cerita seorang pengemis. Nabi tak bagi duit, tapi Nabi bagi kapak suruh dia buat kerja. Pengemis dalam cerita di atas dah putus asa sebab tu bagi alasan bagai. Na'uzubillah... mudah2an tak jadi macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang saya pernah dengar lebih kurang macam ni, pengemis dpt kapak hasil duit yg diperolehi setelah Nabi SAW jual brgnnya lepas tu disuruh beli makanan dan duit lebihan buat beli kapak, cari kayu, jual lepas tu dia dapat hasilnya.

      Wallahua'lam.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama