Save Our Rainforest Race 2014

Save Our Rainforest Race adalah sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia). Tahun 2014 merupakan tahun kedua program ini diadakan dan berlangsung di Hutan Simpan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perlumbaan yang berkonsepkan masa ini iaitu setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang dalam satu kumpulan meliputi perjalanan sejauh 10km bertujuan untuk menanam semula dan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara hutan hujan (rainforest) kita.


Hutan Simpan Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia



Penyertaan Saya


Saya dengan rakan-rakan sekuliah saya juga menyertai acara ini bersama beberapa orang pensyarah. Sebenarnya, pensyarah yang mengajar kamilah yang memperkenalkan acara ini memandangkan dia selalu menyertai program sebegini. Di samping itu, penyertaan kami ke program ini juga merupakan projek untuk kelas yang kami ambil dengan beliau dan semestinya kena ada laporan tentang program ini.

Sebaik sahaja tiba di sana, kami mendaftar nama dan mendapatkan kit perlumbaan berupa beg, kupon makanan, bekas air, tisu basah dan wafer serta passport dan pen yang akan digunakan sepanjang perlumbaan. Selepas sedikit ucapan perasmian dan senaman aerobik (saya tak sanggup sertai jadi saya stretching sendiri la...). Sebelum itu kami telah menyusun strategi untuk berada di garisan permulaan apabila tamatnya senaman aerobik itu supaya sekurang-kurang tidak ketinggalan di belakang.

Bermulanya Perlumbaan


Setelah bermulanya perlumbaan, kami berjalan sejauh 1.6km untuk sampai ke pintu masuk hutan dan di situ ada checkpoint pertama iaitu menjawab 10 soalan kuiz objektif. Kami diberi pilihan sama ada ingin menjawab soalan dahulu ataupun ingin teruskan perjalanan. Saya dengan partner saya hanya mengambil soalan untuk menjimatkan masa perjalanan.

Tidak jauh perjalanan dari situ, kami sampai di checkpoint kedua yang mana kami perlu mengambil sarung tangan dan tanah yang akan digunakan untuk menanam pokok di atas bukit sana. Di situ juga ada direntangkan sebuah banner untuk mengambil gambar bersama partner masing-masing dan dikehendaki untuk muat naik dan tag dengan #SORR2014 dan #PEKAMALAYSIA yang merupakan tag rasmi acara ini dan PEKA Malaysia dan dikira sebagai markah tambahan.

save our rainforest race 2014 hutan simpan sg besi, kl, malaysia
Tak kreatif sangat pun gambar ni...


Habis di situ, perjalanan diteruskan hingga menemui checkpoint ketiga. Kami diarahkan agar mengumpul batu-batu berhuruf dan menyusunnya membentuk ayat yang dikehendaki. checkpoint keempat merupakan checkpoint untuk menanam pokok. Kami mencari nombor pokok yang telah dibahagikan berdasarkan nombor penyertaan masing-masing yang ditampal di baju.

Aktiviti Paling Mencabar

Selepas selesai kerja menanam pokok maka bermulalah aktiviti yang lebih lasak daripada sebelumnya. Bermula dari saat itu, kami memasuki hutan sebagaimana jungle trekking tapi kali ini petunjuk arah hanyalah tali-tali kuning yang diikat pada pokok-pokok di sepanjang perjalanan (kalau biasa ada orang yang tunjuk jalan) dan beberapa orang askar yang berjaga di checkpoint-checkpoint yang terdapat dalam hutan.

Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini adalah amat biasa bagi mereka, tapi bagi saya walaupun pernah naik turun bukit, perjalanan tadi sememangnya sebuah perjalanan yang jauh berbanding yang pernah saya lalui sebelum ini. Ada ketika itu terlintas dalam fikiran bagaimanakah kalau orang-orang tua atau berbadan besar menghadapi cabaran sebegitu memandangkan penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur melainkan orang di bawah umur 16 tahun yang perlu memenuhi beberapa syarat.

Apa pun, saya dengan partner berjaya mengharungi hutan dan menyiapkan tugasan-tugasan yang dikehendaki. Keluar daripada kawasan hutan kami bergegas kembali ke garisan penamat iaitu tempat kami bermula pada awal perlumbaan. Walaupun sedikit letih tapi semakin hampir dengan garisan penamat rasanya semakin bersemangat.

Akhirnya


Tidak disangkakan langsung, saya dengan partner bukan sekadar mencapai target untuk sekurang-kurangnya menjadi kumpulan seratus terawal, tapi telah melangkau jauh dengan mendapat tempat ke-23 secara keseluruhan! Alhamdulillah, hanya Allah yang bisa memberi kekuatan dan kejayaan sebegitu kepada hamba-hamba-Nya. Setiap peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan mendapat sebuah pingat dengan syarat ahli kumpulannya ada bersama. Apa yang saya faham, hanya 150 kumpulan terawal sahaja yang direkodkan.

Peserta Uniten Save Our Rainforest Race 2014 Malaysia
Bersama kawan-kawan Arab yang menyertai kami

Saya tidak tahu macam mana pengakhiran acara Save Our Rainforest Race 2014 itu, tapi setelah menunggu kumpulan-kumpulan yang masih belum sampai, kami makan tengahari dulu dan setelah cukup semua orang kami terus balik, memandangkan orang lain pun turut beransur-ansur pulang.

Rasanya sekadar itu sahajalah yang mampu saya ceritakan sempena acara Save Our Rainforest Run 2014 yang bertarikh 29 Mac pada tahun ini. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi atau ingin menyertainya pada tahun akan datang bolehlah jenguk-jenguk website rasmi PEKA Malaysia ataupun di facebook PEKA.

P/s: Sebelum saya terlupa, yuran penyertaan untuk seorang adalah RM80, jadi kalau satu kumpulan maknanya RM160. Alhamdulillah, kami mendapat sponsor: ) Terima kasih sponsor kami!

31 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. wow best betul. makin kuat la stamina selepas redah hutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, hari-hari naik basikal...redah hutan slamba je...

      Padam
  2. macam menarik.. untung ler, ada orang sponsor yuran.. boleh tahan mahal. heheh

    BalasPadam
  3. Wahh menarik... aktiviti yg mencabar & penuh dgn ilmu.. :)

    BalasPadam
  4. Menarik...untunglah dapat sponser, kalau sorang mahal jugak yuran nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang agak mahal juga kalau bayar sendiri

      Padam
  5. wah, mcm best je.. hehe

    anyway, tahniah :D

    BalasPadam
  6. menarik aktiviti macam ni..mesti best kan bila dapat peluang menyertainya :)

    BalasPadam
  7. Wah seronoknya pertandingan ni... untung dapat join pertandingan macam ni... selain dari merapatkan hubungan dalam kumpulan... dapat pengalaman yang tak mungkin dilupakan... especially kalau ambil gambar banyak-banyak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. uginya tak ambik gambar banyaj-banyak hari tu...asyik buat mission je...hehe

      Padam
  8. Berlumba sambil menhijaukan bumi, bagus acara ni! Lepas ni kenalah tengok2 pokok tu...tumbuh subur ke atau sebaliknye...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tujuan tersendiri di sebalik perlumbaan ni. In sya Allah subur...

      Padam
  9. Wah Tahniah Tahniah ..
    Mesti Best kan ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Totally best, especially masa dalam hutan

      Padam
  10. untungkan ada yang nak sponsor.. berbaloi..

    BalasPadam
  11. wah best juga ada aktiviti luar ni. selain badan sihat, alam sekitar terus dijaga oleh kita. kalau tak siapa lagi kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Kita sendiri yang bertanggungjawab ke atas alam.

      Padam
  12. mcm best je. Munirah x pernah tahu pun tentang ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama