4 Cara Tuck-In Kemeja Anda

Tidak kira sama ada anda seorang pengurus syarikat, pekerja kerajaan, pelajar, apa-apa pekerjaan yang memandang tinggi kepada kekemasan atau menghadiri apa-apa majlis rasmi dan juga yang melibatkan protokol, sudah pasti anda tidak akan terlepas daripada pemakaian kemeja sebagai pakaian rasmi.

4 ways to tuck-in your dress shirt

Kalau dalam kategori saya sekarang, sebagai seorang pelajar universiti. Biasalah kalau dah nama pelajar, masih berjiwa remaja dan berdarah muda (cewah!) selalunya agak leceh untuk golongan ini untuk tuck-in kemeja berbanding golongan yang dah berkerjaya.

Tetapi itu hanya pemerhatian yang saya dapati berdasarkan remaja-remaja yang sebaya dengan saya. Kalau saya sendiri, ada juga masa-masa tertentu saya tidak tuck-in contohnya ketika pakai kemeja berlengan pendek, kalau pakai kemeja lengan panjang baru saya tuck-in, siap kancing lengan lagi. (saya tak skema pun sebenarnya)

Tak perlu cerita lebih-lebih pasal diri saya, cuma nak berkongsi video di bawah dengan anda semua. Jika anda suka dan berminat, bolehlah praktik sendiri. Sekiranya anda seorang perempuan, boleh tunjukkan video tersebut dekat ayah, abang, adik dan suami (bagi yang dah nikah la...). Kongsikan apa yang bermanfaat selagi ia mampu dikongsikan.

Wallahua'lam.


p/s: Hari ini genap seminggu tiada update terbaru dalam blog. Maafkan saya juga sebab kurang blogwalking ke blog para pembaca setia.


34 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Eh ada 4 cara eh hihihi boleh ni buat untuk adik ekeke

    BalasPadam
  2. salam... abe sbg guru memang kena tuck in baju sokmo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kaitkan dengan pepatah ni, "Kalau cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari"

      Padam
  3. Menarik eh.. yg pnting nmpk kms dn smart

    BalasPadam
  4. 3 kali mama ulang baca ni wafi.. masih confius.. adui lembab nya mama.. apa tu tuck in tu.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuck-in ni masukkan baju kemeja tu dalam seluar...emm, betul ke penjelasan ni? Try tanya suami mama, mesti dia tahu...

      Padam
  5. pakai seluar jean pastu tuck in memang smart..hehe

    BalasPadam
  6. sebelum ni pakai tau masukkan je..
    singgah menabung sini..:)

    BalasPadam
  7. kalau tuck in kemeja memang nampak lebih kemas

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekemasan akan terserlah

      Padam
    2. personaliti juga akan terserlah..nampak lebih berkeyakinan :)

      Padam
    3. Kalau g interview mungkin ada markah lebih di situ

      Padam
  8. Klu urusan2 kerja mmg sebaiknya tuck in kan.. perkongsian yg menarik Wafi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi-lagi kalau bekerja untuk majikan.. terima kasih :)

      Padam
  9. menarik nie... pekongsiaan menarik ..^_^ kalau kalau untuk pekara rasmi akan tuck in.. kalau tak memang tak akan hehee

    BalasPadam
  10. Suka nmpk lelaki tuck in tak kira la kemeja atau t-shirt.. smart yowww! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tshirt jarang sekali nak nampak orang tuck in

      Padam
  11. sylebih suka kalau tak tuck in...lebih santai

    we heart it tu tempat share gambar je....:)

    BalasPadam
  12. Nice one, perempuan pun kadang2 kena pakai kemeja gak, tapi xyah tuckin xpe kan?

    BalasPadam
  13. Paling rimas kalau kena pakai tuck in...Tapi sesekali tak pe. Kalau hari2 memang tak boleh.

    p/s: terang sangatlah warna hijau ni, lebih suka hijau yg dulu...(pandangan peribadi jer ye, terpulang pd anda)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga orang perasan rupanya, x pun memang semua orang buat tak kisah... saya pun tak suka terang sangat macam ni, hehe

      Padam
  14. mmg nampak lebih kemas penampilan gitu

    BalasPadam
  15. yg penting kemas dan selesa :)

    salam singgah :)

    BalasPadam
  16. Boleh tunjuk kat suami ni nanti :) tq ye share

    BalasPadam
  17. waa...ada mcm2 cara yee :) ehhe...bagus ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama