Blog-Blog Remaja Malaysia

Pada suatu malam, buka Facebook terlihat suatu status daripada seorang blogger yang amat dikenali dengan perkongsiannya tentang tips blogging dan panduan SEO, Tuan Hasrul Hassan:

Screenshot sifu blogger tips blogging panduan SEO

Peluang yang mungkin jarang nak jumpa, promosi secara percuma di blog yang dikunjungi ramai. Dalam status itu, disuruh beri cadangan dan sebab ke atas pemilihan blog tersebut. Siapalah yang nak cadangkan blog picisan yang orang nampak pun tak macam blog ni? Sudah semestinya tuan punya sendiri yang kena cadangkan.

Keraguan


Akan tetapi, pernyataan itu jugalah yang mendatangkan sedikit keraguan dalam hati untuk promosi blog sendiri, "Layakkah blog picisan macam blog aku ni tersenarai dalam blog yang amat hebat tersebut?" Ibarat macam kita seorang yang entah daripada mana tapi tiba-tiba dijemput masuk ke istana raja, mungkin lebih kurang macam tu.

Nak kata layak dikunjungi pun seganlah juga sebab bukannya konsisten sangat pun tuan blog ini nak update entri setiap hari. Lagi pun, blog ni bukanlah sebuah blog yang ada niche yang spesifik serta awesome seperti banyak blog-blog lain di luar sana. Jadi nak menyatakan sebab sememangnya agak susah kerana tak tahu apa sangat yang ada kat blog ni.

Tapi apa salahnya mencuba kan? Saya pun letaklah juga link blog tanpa menyatakan sebarang sebab dan ternyata ia berhasil juga. Beberapa hari lepas tu, akhirnya blog saya tersenarai juga dalam sebuah entri khusus tentang Blog-Blog Remaja Malaysia.

Berkat kebaikan hati dan budi pemilik blog terkenal yang tidak mengaku terkenal itu, bukannya lima blog remaja yang tersenarai tetapi semua blog yang memenuhi kriteria dikehendaki yang komen di status tersebut turut tersenarai sama. Terima kasih, Sifu Blogger HH!

Blog-Blog Remaja Malaysia Yang Tersenarai

Anda mahu juga peluang seperti ini dan tawaran-tawaran menarik lain yang mungkin juga datang? Rajin-rajinlah follow Facebook Hasrul Hassan. Sememangnya semua blog yang tersenarai dalam entri Blog-Blog Remaja Malaysia ini adalah mereka yang memberi respon dalam status Facebook tersebut.

Tahniah kepada semua blog yang tersenarai. Terima kasih juga kepada blogger-blogger lain yang turut memberi backlinks kepada blog ini, segala kebaikan hati dan keluruhan budi anda amat dihargai. Terima kasih, semua!

31 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Wahhh.. tahniah sbb tersenarai. saya salu jg follow blog HH tu.. memang best...

    BalasPadam
  2. Tahniah ... moga makin naik PR blog ini walaupun tak nampak ... :)

    BalasPadam
  3. Tahniah..Bukan senang nak ada link dalam Blog Abg HH tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. peluang jarang-jarang dapat, x salah mencuba

      Padam
  4. ALHAMDULILLAH..TQ JUGA WAFI :)

    BalasPadam
  5. Tahniah...untuk mendapat sesuatu perlu ada usaha dan mencuba. Rezeki itu ketentuan Allah swt dan diberikan kpd yg berusaha. Semoga lebih bersemangat dan berjaya mencapai matlamat.
    Saya tak layak lagi dah masuk dlm ketegori remaja ni...huhu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.... Tahniah ya =)

    BalasPadam
  7. singgah sini.. wah blog aimisyafiqah tercalon la. tahniah buat semua :)

    BalasPadam
  8. tahniah kepada wafi juga kepada yang turut tersenarai :)

    BalasPadam
  9. tahniah.. saya dah x layak.. lebih 21 tahun.. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti boleh buat senarai blog-blog belia dan pak cik malaysia...hehe

      Padam
  10. Baguslah...dah tersenarai kat enttri blog tuan HH.. tahniah kerana membuat keputusan yang betul tu...kan..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, ya, kalau x tulis hari tu mesti menyesal sebab semua masuk senarai

      Padam
  11. Bestnya! Knpa Nad tak perasan status HH yg tuu :(

    BalasPadam
  12. tahniah uolls, tak salah kalau mencuba..:D

    BalasPadam
  13. Hebat boleh tersenarai dalam list HH.. :)
    tahniah..

    BalasPadam
  14. backlink pada blogpost adalah backlink yang terbaik untuk homepage (root domain). ini rahsia tau. khas untuk pembaca blog wafi je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kesudian untuk berkongsi ilmu yang berharga ini

      Padam
  15. Tahniah... tahniah... at least, wafi ada backlink dr blog yg ada PR tinggi :)

    BalasPadam
  16. apa salah nyer mencuba.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama