Sejarah Belajar Motosikal (Part 1)

Saya Bukan Fanatik


Saya bukanlah seorang yang fanatik dengan kenderaan termasuklah motosikal. Kalau tanya sesetengah orang apakah motosikal impiannya, pantas dia menjawab dengan yakin tanpa sebarang ragu jenama, model, spesifikasi dan segala detail tentang motor impiannya.

motor ducati
Sumber

Tapi cuba tanya orang macam saya, rasanya tak terjawab soalan itu kerana model motosikal pun terkadang tak kenal banyak. Kalau tahu pun hanya tahu jenama sahaja seperti Modenas, Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki dan lain-lain lagi jenama motor yang terdapat di Malaysia.

Sejak kecil lagi saya dah naik motor, tapi membonceng dengan abah saya keliling kampung, pergi rumah nenek yang tidak jauh dari rumah, masjid dan lain-lain tujuan tertentu. Banyak juga sejarah di sebalik membonceng sahaja. Kemalangan yang pernah berlaku dan tidak akan saya lupa ialah pengalaman masuk kaki dalam lidi di tayar motor. Maklumlah masa tu masih kanak-kanak lagi, kaki pun muat nak masuk celah-celah lidi tu, silap hari bulan boleh putus dibuatnya.

Sejarah Belajar Motosikal


Cukup sekadar itu sahaja rasanya pengalaman membonceng motosikal dengan abah saya. Berbalik semula kepada tajuk asal entri ini, Sejarah Belajar Motosikal. Saya tahu ramai orang yang dah belajar pandu motor sejak bangku sekolah rendah lagi sebab saya sendiri pernah saksikan ada sesetengah rakan semasa sekolah rendah dulu dah pandai bawa motor ke hulu ke hilir kampung. 

Bagi saya sendiri, saya tidak ingat bila saya mula belajar tetapi yang pastinya semasa zaman persekolahan peringkat menengah. Pada suatu petang, abah mula mengajar saya memandu motorsikal selepas perbualan ringkas kami dalam perjalanan pulang daripada masjid.

Memang susah untuk saya hidupkan motor masa mula-mula cuba selepas abah saya ajar. Sebelum ni hanya melihat sahaja orang start motor tapi agak susah bila dibuat sendiri. Berkali-kali try tetap tak berjaya. Ada juga yang menjadi tapi bila nak hidupkan lagi sekali dah tak jadi balik. Biasalah tu kan, proses belajar.

Selepas berjaya hidupkan, belajar nak pandu pula. Memang kita nampak pandu motosikal ni semudah menaiki basikal. Sememangnya begitu, tetapi basikal mana ada kena pusing grip tangan. Nasib baik masa tu saya berlatih dekat kawasan yang agak lapang, kalau tak memang nahas! Tapi ada bahayanya juga, punyalah saya press laju sangat hingga hampir dengan kawasan semak samun yang terbiar di tepi tu.

Masa tu saya tidak tahu lagi fungsi brek tangan, yang saya tahu brek kaki sahaja, jadi kalutlah saya berusaha untuk menekan brek kaki tersebut. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada saya untuk selamat, saya sempat menekan brek sebelum sampai ke penghujung jalan (tak tahulah kenapa tangan tidak lepaskan sahaja grip motor masa tu, asyik press je...kejutan budaya kut). Pengajarannya, belajarlah segala fungsi brek dulu sebelum belajar nak pandu. Hehe

Itulah antara pengalaman personal saya pada awal pengajian memandu motosikal dengan tunjuk ajar abah saya yang tidak saya lupakan. Emm, yang saya ceritakan dalam entri kali ini hanyalah sebahagian sahaja iaitu sejarah pada awal permulaan belajar motosikal. Nantikan cerita selebihnya dalam entri Sejarah Belajar Motosikal (Part 2) yang akan menyusul!

28 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Teringat pula pertama kali belajar moto. Masa tu moto vespa kawan abang. Gear kat pemulas tu... Orang kata kalau xjatuh moto...xkan pandai bawa moto, tapi ada kebenarannya...hehe Nasib baik xapa2 cuma magat depan patah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau xjatuh xkan pandai. mungkin ada kebenarannya di situ

      Padam
  2. hahahahaha... imbas balik sejarah belajar motor... percaya atau tidak, saya mula-mula belajar naik motor guna motor Vespa... hahahahaaha... senget badan-badan sebab berat sebelah... masa tu form 3 kut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang zaman sebelum saya memang naik vespa dulu ek. Macam tu rupanya...

      Padam
  3. start bawa motorsikal umur darjah 4..confident masa tu nak bawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, awalnya acik start...mesti pro skang

      Padam
  4. Membonceng motor pun kita takut. rasa macam open sangat...he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perempuan mungkin tak ramai, tapi zaman sekarang makin ramai nampaknya

      Padam
  5. Masa bunda muda2 ada juga belajar bawa moto...lepas jugak lah...walaupun terhegeh2...
    Suatu hari ntah macamana bunda lupa break..tangan makin press minyak....nasib last baru teringat nak brek kat mana....kalu tak dah terjerumus dalam paya ....
    Sejak tu serik dah nak tunggang moto...sampai sekarang ...bukan saja tunggang malah membonceng pun bunda takut dah..rasa diri ni sebiji2 atas moto tu..takut..

    BalasPadam
  6. masa kecik dulu selalu memboceng dengan ayah..tapi kalau bawa sendiri tu puteri tak reti. Jenuh nak minta ayah ajarkan tapi ayah tetap tak nak ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah dengan kakak saya kalo camtu

      Padam
    2. sampai ke hari ini lah tak berpeluang nak bawa motor..

      Padam
    3. bagi saya, perempuan lebih sesuai tertutup. motor terlalu terbuka, ada bahayanya

      Padam
  7. Ari tu belikan anak motor, asik mengeluh gi skola jalan kaki, kawan2 asik kenen kat die.. hari2 pakat moyok je muke.. tak pernah ade motor kt umah, ntah bile masa la die belajar bawa motor.. trmasuk adik die darjah 5.. fuhh.. terror bawa motor.. budak2 skrg ni mmg cepat je kann..

    BalasPadam
  8. Tengok mcm senang, yelah... duk jadi pembonceng je... rupanya susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. awal2 dulu mmg rasa susah sikit, alah bisa tegal biasa

      Padam
  9. Belajar bawak motor masa form 1.. Tu pun belajar curi2 . Ayah memang tak bg kot naik motor.. Tktau kenapa. Pernah mintak suruh ayah beli tapi kene marah. Mungkin ada hikmahnya kot :)

    BalasPadam
  10. saya belajar naik moto sejak sekolah rendah.. sejak darjah 5 kalau x silap.. lepas arwah ayah saya meninggal, x de sapa masa tu yg tahu naik moto ayah. saya belajar naik moto tu dari kawan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ad jugalah orang yang memanfaatkan motor tersebut

      Padam
    2. ha ah.. lepas tu saya yg ajar mak belajar naik moto tu..

      Padam
    3. Berbakti balik kat mak kan

      Padam
  11. masa kecil dulu naik vespa dengan ayah...tapi vespa tu sekarang dah dijual....huhu

    BalasPadam
  12. sebelum belajar motor tu mmg kena tahu fungsi semua..tapi bila dah gelabah,semua benda lupa kan..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama