Wajah Baru Alexa.com

Perasankah anda wajah baru Alexa.com? Ya, wajah Alexa.com yang dahulu dah bertukar. Dah lama tak buka website ni dan ianya sekarang dah berwajah baru. Kalau tak percaya boleh pergi tengok sendiri dekat www.alexa.com.

wajah baru alexa.com
Wajah Baru Alexa
Ada sesetengah blogger yang konsisten update blog menceritakan tentang pencapaian terkini ranking Alexa blog mereka. Saya tidak tahu apa kelebihannya tetapi ada juga yang mengatakan bahawa bila mana kita sentiasa bercerita tentang Alexa, pihak Alexa pun turut bermurah hati untuk meningkatkan pencapaian ranking laman tersebut.

Terpulanglah kepada anda sendiri untuk menganggapnya sebagai apa pun, saya tidak akan menghalang malah tidak akan mengomen langsung tentang usaha itu. Cuma saya tertanya-tanya bagaimana cara para blogger menyemak ranking Alexa masing-masing, adakah dengan melayari website www.alexa.com kemudian taip URL website atau blog yang dikehendaki?

Perkara yang saya akan kongsikan ini mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu, tidak ketinggalan juga yang memang tidak ambil tahu pun dan yang tidak mahu tahu langsung. Tahukah anda? Nak tengok Alexa ranking sebenarnya mudah sahaja, ia hanya perlukan satu klik.

Bagaimana caranya? Bagi yang masih belum mengetahui, anda sebenarnya boleh guna extension yang telah disediakan untuk web browser anda sama ada Internet Explorer, Google Chrome dan Mozilla Firefox. Kalau guna web browser lain saya tidak pasti ada ke tidak tapi rasanya tidak disediakan.

Untuk mendapatkannya, anda boleh layari www.alexa.com dan skrol ke bawah sedikit anda akan temui macam dalam gambar kat bawah. Install extension Alexa mengikut internet browser yang anda gunakan. Ataupun anda boleh ke apps store browser dan search "alexa traffic rank". Semuanya anda boleh dapatkan secara percuma.

alexa browser extension install for free
Buat pilihan browser anda untuk diinstall

Dengan adanya extension ini, anda boleh menyemak ranking Alexa mana-mana website dan blog yang anda kunjungi dengan hanya klik icon Alexa seperti yang ditunjukkan di bawah (Google Chrome). Nanti akan keluar petak yang menunjukkan beberapa maklumat lagi berkaitan blog/website anda.

ranking alexa wafiremli.blogspot.com 22 April 2014
Ranking terkini wafiremli.blogspot.com. Sama nombor dengan tahun ni!

Nombor yang dipaparkan itu bukanlah suatu hasil yang boleh dibanggakan, banyak lagi blog lain yang rankingnya lebih baik daripada yang ini. Ranking ni selalu berubah-ubah. Adakala ia turun, ada ketika ia naik. Cuma biasanya ia turut dikaitkan dengan konsistensi kita mengemaskini blog kita. (terkadang ada juga walaupun tak update tapi ranking bertambah baik, misteri betul...)

Setakat itu sahaja perkongsian pertama saya tentang ranking Alexa, sekiranya ada sebarang kesilapan saya minta maaf awal-awal lagi. Jika ada perkara yang boleh dibincangkan bolehlah diutarakan di ruangan komen.

Wallahua'lam.



 

46 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Jarang sekali jenguk alexa...sbb tahu ranking x gah mana. Thanks utk info ni.

    BalasPadam
  2. Heee qila pun bukak tadi. Dah baru kan huhu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. baru semak juga tadi.. perkongsian yg menarik Wafi.. :)

    BalasPadam
  4. Ranking Traffic Alexa ini salah satu penanda aras blog yang diterima pakai dan diiktiraf oleh semua blogger, publisher dan sebagainya. Oleh itu sesebuah blog yg punya rangking yg baik akan mendapat lebih kepercayaan dan bernilai tinggi. Pengiklan dan advertorial pun mudah dapat.

    p/s: Biasalah...kalau beri backlink dan bawa traffik, mesti dia suka dan sayang :)

    BalasPadam
  5. Ranking yang popular among the bloggers..Banyak perkara boleh belajar dari sana..tak rugi register dengan Alexa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ad juga info lain yang dpt check dgn alexa kan

      Padam
  6. banyak lagi info menarik yang boleh disemak kat alexa selain dari ranking :)

    BalasPadam
  7. Datang bertandang...ranking Alexa saya baru baru ini tidak memberansangkan..sekian terima kasih

    BalasPadam
  8. ha ah.. dah berubah la.. tapi mmg jarang masuk pun sebelum ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang betul sebab guna extension tu

      Padam
    2. ha ah.. pakai extension je senang.. nk tahu ranking, just klik kat tas task bar tu.. heheh

      Padam
  9. ye memang berwajah baru..nampak lebih kemas

    BalasPadam
  10. nice entri bro .. ranking alexa amat penting bgi sesebuah blog yang mana blog tersebut bukannya bertujuan suka2 tapi ada matlamat , kerana dengan ranking alexa yg bagus , suda semestinya SEO juga akan bertambah bgus

    BalasPadam
  11. betul tu.....aku sekrang tengah nak bina balik ranking alexa biar bawah dari 1000 ranking alexa malaysia

    BalasPadam
  12. Masih lagi mengejar ni.. jarang pulak nak update blog semenjak 2menjak penuh dengan assignment..
    Btw, tahniah.. rank dah tinggi tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila banyak kerja, nak update blog jd 1 kesulitan

      Padam
  13. Balasan
    1. rupanya ramai lagi x perasan, x sia2 buat entri ni... hehe

      Padam
  14. suka dengan wajah baru alexa ni.cool.selalunya check kat website je tu,masukkan url. Alexa ni sebagai tambah semangat untuk berblogging :)

    BalasPadam
  15. alexa ni bagus untuk advertising dan review. syarikat pengiklan suka benda ni. hehe. cool bro alexa kamu. teruskan blogging! :)

    BalasPadam
  16. dh lama xmasuk alexa ni.. blog pun kadang2 tak berupdate je. apa pun bru tau sedikit sbyak pasal alexa ni

    BalasPadam
  17. Nurul pernah gak saje2 type kat Alexa mana2 blog yg selalu Nurul blogwalking, ade satu blog tu tak bole tengok Alexa rankingnye.. dah beberapa kali try blog yg sama tu, mmg tak bole, org lain punye bole lak.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna extension tu mudah lagi, yang tak dapat tu mungkin sebab dia x daftar alexa

      Padam
  18. Assalammualaikum... wafi,

    dah check ranking alexa.. naik. Di Malaysia =1,121 , Global = 143,353 ...... terima kasih perkongsian nie...

    mselim3

    BalasPadam
  19. Info yang sangat menarik...patut ambil tahu ni...terima kasih...
    Salam ziarah dari bunda dan selamat bercuti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam, selamat bercuti bunda.

      Padam
  20. zizie tak familiar dengan alexa... hehe.

    BalasPadam
  21. kita juga blh tgk rank blog lain . mcm sekarang , saya sedang buka blog wafi , pas tu klik icon alexa kat atas tu ... saya dok cari widget tapi x de lak ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama