Kesilapan Kerap Muslim Ketika Ramadhan

Ramai orang di kalangan umat Islam masa kini yang seringkali terlepas pandang akan sesuatu yang lebih penting daripada perkara yang kita anggap penting. Agak terbelit ayat ni? Mari saya terangkan dengan lebih lanjut.
Dalil Wajib Puasa, Khat Ramadhan, Ramadhan Arab
Kredit photo

Mari kita lihat pada satu contoh. Di bulan Ramadhan, kita dapat lihat begitu ramai Muslim hadir ke masjid ataupun surau untuk menunaikan solat sunat Terawih secara berjemaah di samping menikmati moreh lepas habis solat.

Akan tetapi, kekalkah jumlah tersebut bila tibanya waktu untuk solat fardhu Subuh pada keesokan harinya? Kalau yang sepuluh saf semasa solat Terawih mungkin akan tinggal separuh ataupun kurang lagi masa solat Subuh. 

Ke mana yang separuh lagi menghilang? Adakah hanya mahu mengambil fadhilat ibadah yang sunat sahaja sedangkan ibadah fardhu yang menjanjikan ganjaran yang lebih besar diabaikan?

Sebenarnya, solat Subuh secara berjemaah yang lebih patut diutamakan berbanding solat sunat Terawih berjemaah. Mungkin ramai yang terlepas pandang ataupun tidak tahu langsung akan perkara ini. 

Nabi Muhammad SAW sendiri ada menyatakan bahawa sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah kita akan beroleh pahala seolah-olah kita beribadah sepanjang malam.

Wallahua'lam.

Mari kita baca perkongsian daripada Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman berkenaan "Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan".



6 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Perkongsian & peringatan yg baik utk renungan kita semua. T kasih & salam Ramadhan Wafi.. :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Salam Lebaran buat Wafi sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    BalasPadam
  3. Betul... budaya kita yg mengutamakan sunat drpd yg wajib. Bnda paling simple mcm ni kita boleh lupa. Nice share by the way.

    P/S: Salam lebaran. Taqabballahu minna wa minkum :)

    BalasPadam
  4. betol2.. kat kampung saya, kalau terawikh boleh sampai 4 saf, tapi subuh 3 orang je.. hhehehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama