Assalamualaikum w.b.t., seindah kalam pembuka kata...
Alhamdulillah, bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat juga kubikin sebuah blog persendirian.
Kenapa kuwujudkan blog ini? Hasrat di hati, inginku menyampaikan tazkirah melalui medan maya ini sebagai permulaan suatu tugas dakwah yang bakal dipikul di kemudian hari. Selain itu, kuingin memuatkan memori2 bermakna dalam pengembaraan hidup ini yang dilalui bersama keluarga dan rakan2 serta kenangan zaman persekolahanku.
Mungkin akan timbul persoalan...kenapa blog ini penuh dengan kehijauan? Kenapa saya memilih warna hijau sebagai tema bagi blog ini? Ini kerana warna hijau mampu memberi ketenangan dalam jiwa, mampu menggugurkan resah di nubari dan juga mendamaikan hati. Perhatikanlah kehijauan dan rasailah kelembutan warnanya...
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)