My Precious Old School...!



Seronoknya dapat menziarahi sekolah lama...! Dapat bersua muka dengan para murabbi, bertemu dengan kawan-kawan lama dan apa yang lebih menarik, dapat beramah mesra dengan adik-adik junior yang comel-comel...! <3

Sebenarnya salah seorang guru sekolah itulah yang menganjurkan majlis pertemuan kami kerana dia tahu anak-anak didiknya bakal melanjutkan pelajaran mengikut haluan masing-masing tidak lama lagi...maklum la kami kan lepasan SPM...jadi dia nak bertemu pelajar-pelajarnya yang amat dirindui. 

    Saya bersyukur kerana dapat hadir majlis itu kelmarin. Banyak kenangan pahit, masam, manis yang pernah dicalit di sekolah itu suatu ketika dahulu. Apabila dikenang kembali, segalanya menjadi memori indah yang sukar dilupakan. Selain itu dapat juga melunaskan rindu terhadap guru-guru yang mencurah ilmu agama dengan banyak dalam dada kami.

Saya berharap suatu hari nanti, kami dapat bertemu lagi pada masa hadapan dengan membawa kejayaan masing-masing demi menunjukkan bahawa usaha guru-guru yang pernah mengajar kami tidak sia-sia...!!! ~InsyaAllah~
  


3 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama