Bondaku Bermata Satu

Bonda merupakan seorang tukang masak di sekolahku, mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga. Matanya hanya satu. Aku benci dia! Semenjak kecil lagi memang aku melihat matanya cacat sebegitu.

Suatu hari, semasa waktu persekolahan sedang berlansung, bonda datang kepadaku sekadar untuk bertanya khabar. Hanya Tuhan yang tahu betapa malunya aku tatkala itu. Arghh! Kenapa dia boleh buat macam ni kat aku? Tiba-tiba dia panggil aku di depan pelajar-pelajar lain. Aku buat-buat tak dengar panggilan dia. Terus aku lontarkan pandangan penuh kebencian dan lari dari situ.
ayat i love mom sayangi ibu
Kredit Foto

Keesokan harinya, semasa di sekolah, salah seorang rakan sekelasku menegur, "Eeee, mak awak ada satu mata je!". Habis satu kelas tergelak dengan kata-kata yang amat memalukan itu.

Aduhai, di mana lagi aku nak letak muka ni! Rasa macam nak korek lubang, masuk dalam tanah dan menyorok je dalam tu sampai bila-bila. Masa itu perasaanku bercampur baur antara malu dan marah membentuk sebatian kebencian yang bertambah lagi terhadap bonda.

Kenapa bonda tak hilang je daripada dunia ni? Biar hidup aku lebih aman daripada segala cercaan yang menimpa! Hari tu juga aku menghadap dia dan berkata, "Kalau hanya disebabkan bondalah kawan-kawan ketawakan saya, kenapa bonda tak mati je?"

Bonda tidak memberi sebarang respon... Walau sesaat pun tidak langsung aku berhenti untuk fikir balik bicara kata yang telah kuungkapkan sebentar tadi, kerana dalam jiwaku hanya dipenuhi satu perasaan, yakni kemarahan yang memuncak tinggi terhadap bonda. Aku tidak kisah langsung apa yang dia rasa.

Setelah itu, aku memasang satu tekad untuk keluar dari rumah itu dan tidak lagi tinggal bersamanya. Berbekalkan segenggam tabah, aku belajar bersungguh-sungguh dan dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran oversea, merentasi lautan yang selama ini hanya menjadi santapan mata dan peneman di kala duka sahaja.

Setelah tamat pengajian, aku telah mengahwini seorang wanita atas nama cinta. Aku beli rumah sendiri, yang menjadi mahligai kasih buat keluargaku berteduh. Masa terus berlalu. Kupunyai anak-anak sendiri sebagai permata keluarga hasil perkongsian hidup bersama isteri. Aku begitu gembira dengan kehidupanku, anak-anak dan juga segala kesenangan yang ada.

Pada suatu hari, seseorang telah mengentuk pintu rumahku. Rupa-rupanya bonda datang untuk melawatku. Sebuah pertemuan yang selama ini kucuba elakkan akhirnya berlaku jua. Sudah bertahun lamanya kami tidak lagi bersua. Dia juga tidak pernah berjumpa dengan menantu dan cucu-cucunya.

Saat dia berdiri di tepi pintu, anak-anakku menggelakkannya dan aku memakinya kerana datang tanpa diundang. Aku terus menjerkahnya, "Berani betul kau datang rumah aku dan takutkan anak-anakku! KELUAR DARI SINI! SEKARANG!!!" Kerana itu, bonda menjawab dengan begitu lemah, "Oh, maafkan mak cik. Mungkin mak cik salah alamat." Kemudian, dia terus menghilangkan dirinya daripada pandangan mata kami.

Suatu hari, sepucuk surat menyatakan tentang reunion sekolah lama sampai ke rumah. Oleh kerana itu, aku menipu isteriku bahawa aku pergi outstation atas urusan kerja agar rahsia silamku tidak terbongkar.

Selepas tamat majlis reunion, aku tergerak hati untuk singgah di kawasan rumah yang pernah kudiami ketika kecil dahulu. Jiran-jiranku menyatakan bonda telah meninggal dunia. Mataku terus berkaca. Aku tidak dapat menahan walau setitis pun air mata daripada keluar. 

Betapa sebaknya rasa di dada. Betapa besarnya dosa aku terhadap bonda. Betullah kata pepatah yang menyebut, "Kita akan menghargai sesuatu setelah kita kehilangannya." Aku rasa begitu menyesal kerana telah menderhakai bonda selama ini.

Aku terus berlari menuju ke makam bonda dengan bantuan jiran-jiran. Tika itu, seorang jiran yang paling rapat dengan bonda menghulurkan sepucuk surat yang telah bonda tulis dan ingin sangat aku membacanya.

"Wahai anakku sayang,

Tiada satu saat pun yang berlalu tanpa aku fikirkan tentangmu. Bonda minta maaf kerana pergi ke rumah kamu dan takutkan anak-anakmu.

Betapa gembiranya hati bonda, mendengar khabar bahawa kamu akan hadir reunion sekolahmu. Tapi mungkin bonda tak lagi mampu walaupun untuk bangun daripada katil demi berjumpa denganmu. Maafkan bonda kerana telah menjadi keaiban buatmu selama kamu membesar.

Masih bonda ingat lagi, ketika kamu masih kecil, kamu terlibat dengan suatu kemalangan yang tidak dapat dielakkan dan kehilangan matamu. Sebagai seorang ibu, aku tidak sanggup melihat anak kesayanganku membesar mengharungi perjalanan kehidupan yang masih jauh lagi dengan hanya sebelah mata. Jadi, aku korbankan mataku buatmu.

Bonda amat berbangga dengan anak bonda yang melihat seluruh dunia ini untuk bonda, di tempat bonda, dengan mata itu. Terima kasih kerana telah menjaga mata bonda sebaik mungkin.

Insan yang amat mengasihimu,

Bondamu..."

p/s: Hanya orang tertentu akan perasan tajuk-tajuk tersembunyi dalam kisah ini.
#unic #inteam 

4 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. kenapa iklan nuffnnag tu error...kena betulkan balik tu,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dh xbleh log in nuffnang dah... Bila log in jadi http://www.nuffnang.com.my/disabled-warning

      Padam
  2. cerita yang sangat menyayat hati.. :'( kisah benar ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallahua'lam. Asal saya jumpa dalam bahasa inggeris, saya ubah dan sesuaikan dengan tajuk nasyid yang saya 'bold'kan dalam cerita ni...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama