Kawan vs Keluarga

Esok dah masuk hari Rabu. Cuti Hari Krismas, kan? Walaupun esok cuti perayaan orang Kristian sudah semestinya bukan mereka sahaja yang cuti, kita pun cuti juga! Keluarga saya merancang buat Family Day esok dekat Port Dickson. Sape nak join? Jom jumpa kat sana:)
peta port dickson yang menunjukkan arah-arah di Port dickson, negeri sembilan, malaysia
Peta Port Dickson. Sumber gambar.

Secara kebetulan kawan-kawan saya juga ada buat program kami di Port Dickson juga pada hari yang sama! Jadi saya berbelah bahagi sama ada nak pergi yang family punya program ataupun kawan-kawan punya program.
Kedua-dua program ini bagi saya amat berharga kerana melibatkan keluarga yang terdiri daripada mak bapak saudara serta sepupu sepapat dan kawan-kawan. Kalau dengan keluarga, ini bukan program yang selalu buat, tambah lagi ia akan mengeratkan silaturrahim antara kami, tapi dengan kawan-kawan pun jarang-jarang nak buat program merapatkan ukhuwah macam ni.
Bagaimana penyelesaiannya? Saya ambil keputusan untuk join dua-dua sekali! Bukan tamak, tapi untuk menjaga hati kedua-dua pihak. Macam mana? Oleh kerana program dengan rakan-rakan bermula dari pukul 4 pagi, kami akan qiamullai, dan bertolak ke sana pukul 5 pagi. Separuh hari bersama rakan-rakan, keluarga saya akan jemput saya dan saya menyertai program bersama mereka pula. Dengan ini saya tak akan rugi kedua-duanya sekaligus.
Hanya dengan izin Allah segala perjalanan hari esok akan berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah Sebaik-baik Perancang. 
Doakan perjalanan esok selamat. Port Dickson mari! In sya Allah.

2 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Bestnya ada Family Day. Family Nad tahun ni tak holiday pun T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ye ke? Kitorang pun bukan selalu boleh buat macam ni...sekali sekala je...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama