Kuliah Subuh: Paderi Masuk Islam

Pagi tadi saya pergi ke sebuah surau di sekitar Bangi. Rupa-rupanya hari ini pihak surau ada jemputan istimewa untuk bagi kuliah Subuh. 

loo jo yee remaja perempuan masuk Islam
Loo Jo Yee: Remaja Cina Memeluk Agama Islam

Beliau merupakan seorang saudara seIslam kita yang telah kembali ke agama yang benar ini setelah lama menganut agama Kristian Katolik. 

Dalam kuliahnya, dia menceritakan kehidupannya masa kecil yang sangat taat dalam melaksanakan amalan-amalan (ibadat) agama tersebut.

Sebelum pergi sekolah, sembahyang dulu dekat gereja. Lepas habis sekolah pun terus ke gereja dan tanya paderi ada apa-apa kerja tak yang boleh dibuat. Memang dia bersungguh-sungguh menggenggam agama ni dalam dirinya .

Mereka pun ada juga ceramah ala-ala khutbah Jumaat yang disampaikan oleh paderi-paderi yang dipanggil khas daripada Perancis. Mereka juga terpaksa dua bahasa baru (satu bahasa Latin, satu lagi saya tak ingat ) untuk melakukan amal ibadat mereka.

Rasanya kalau nak ceritakan semua isi kuliah memang tak saya mampu. Tapi dipendekkan cerita, dia mendapat hidayah dan memeluk Islam. Lihatlah betapa besarnya hidayah Allah. Walaupun seorang paderi yang berpegang teguh dengan Kristian Katolik boleh beralih hati berkat hidayah-Nya. 

Kini dia menjadi seorang pendakwah Islam yang sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan Islam setelah menemui kebenaran sebenar. Alhamdulillah. Semoga Allah tetapkan hati kita dengan Islam. In sya Allah. 
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama