Review | Wajah Baru Diari Jejaka Hangat 2014

bismillahirrahmanirrahim dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Apasal tiba-tiba saya buat review blog pulak ni? Ha...sebenarnya ini adalah segmen yang dianjurkan oleh blogger Diari Jejaka Hangat yang sememangnya pemurah dan ingin beri hadiah kepada orang lain, tapi dengan cara yang berbeza iaitu melalui review wajah baru blognya!


Header

old header of diary jejaka hangat yang super awesome
Header lama

current header of blog diari jejaka hangat
Header Sekarang

Pengenalan


Pada pendapat saya, blog ini amat best dikunjungi kerana peramahnya pemilik dan tenangnya fikiran bila berada dalamnya. Headernya simple je, takdelah nak buat kreativiti yang melampau sehingga menyerabutkan kepala orang yang melihat (saya pun pernah jadi cam ni:p).

Warna Tema


Dulu temanya purple dan sekarang telah bertukar menjadi merah. Ini barulah menampakkan imej sebenar seorang jejaka hangat, ye tak? Hehe... Tapi merahnya takdelah merah menyala, membara bak biji saga, tak tahulah kenapa tapi rasa selesa je dengan warna merah tu...

Susunan


Susunan widget-widget yang menghiasi blog amat teratur dan amat mesra pengguna. Seandainya ada blogger yang baru singgah, tak perlu payah-payah nak cari butang follow kat mana sebab memang dah terpampang depan mata.


Kesimpulan


Kesimpulannya, wajah DJH yang baru ini tidaklah berbeza jauh sangat daripada yang sebelumnya tapi ia masih menarik perhatian walaupun orang belum tahu siapa pemilik blog yang membahasakan dirinya sebagai Angah ni...

Sekian sahaja review daripada saya tentang Wajah Baru Diari Jejaka Hangat 2014. Sesiapa yang berminat untuk follow boleh tekan gambar yang merah atau tekan sini.

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Lebih baharu Lebih lama