2014 | First Entri

Di saat orang ramai galak menyambut kedatangan tahun baru 2014, sedarkah kita di sana masih terdapat saudara kita yang masih sengsara? 

Di Sarawak sana, tragedi banjir masih belum selesai. Beberapa kawasan telah dinaiki air sehingga mencapai antara 0.5 meter hingga satu meter paras ketinggian.
Di beberapa kawasan perairan di negara kita juga masih lagi berlaku ribut petir yang hanya Tuhan yang tahu bila akan berhenti melanda. 
Sedangkan kita bersibuk dengan sambutan Tahun Baru Masihi yang disambut dengan meriahnya padahal 1 Muharram yang berlalu beberapa ketika dulu tak sedar pun kewujudannya.
Terkenang juga, saudara kita di luar sana. Yang masih 'struggle' di negara sendiri kerana dirampas tanah air oleh pihak yang tidak sepatutnya. 
Renungilah diri. Bisakah kita bersuka ria menyambut 1 Januari 2014 yang hanya sekadar tarikh di saat sesetengah saudara kita masih sengsara dicengkam dugaan yang melanda?
p/s: Ini bukan penghalang, hanya secebis nukilan sebagai peringatan.

5 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Semoga kita tidak lalai dengan keseronokan dan kemeriahan sambutan tahun baru.
    Salam dari Relaks Minda

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut tahun baru.. salam ukhwah 2014. Saya follow sini ye.. :)

    BalasPadam
  3. benar itu, di sebalik kegembiraan kita sebenarnya ada insan lain yang berduka.. doakan semoga mereka terus tabah menghadapi ujian dari Allah..

    BalasPadam
  4. Terima kasih semua kerana sudi singgah sini:) Selamat Tahun Baru dengan berlapang dada dan redha dengan segala situasi yang bakal ditempuhi tahun ini!

    BalasPadam
  5. semoga tahun ini lebih baik dri tahun2 sebelumnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama