Keputusan STPM dan SPM 2013

Agak-agaknya apakah perasaan yang dirasai oleh mereka yang baru ambil keputusan peperiksaan semalam dan kelmarin? Lega? Sedih? Gembira? Kecewa? Bangga? Kalau nak diceritakan semua memang tak akan habis perasaan yang bercampur baur dalam diri setiap yang merasai termasuklah golongan guru dan ibu bapa sendiri.

tulisan ayat dan gambar kertas peperiksaan exam paper

Ingatlah walau apa pun keputusan yang kita dapat, redhalah dengan segalanya. Yakinlah bahawa Allah yang menentukan segalanya dan itulah hasil segala kudrat yang kita gunakan untuk belajar siang dan malam selama pengajian di peringkat sekolah. Saya tahu, ada yang mendapat keputusan yang amat dibanggakan dan tidak disangka-sangka dan sudah semestinya ada yang mendapat keputusan yang agak kurang sedikit dan kemungkinan tidak disangkakan juga.

Ingatlah segala keputusan itu hanya sebagai ukuran dunia sahaja, jika kita gagal di sini tidak semestinya kita akan gagal selama-lamanya. Hidupkan ibarat roda? Ada kala kita di atas dan ada kala kita berada di bawah. Kalau kita dapat keputusan yang memuaskan berusahalah untuk mengekalkan kejayaan tersebut kerana ada kemungkinan untuk kita gagal jika kita terus bersenang-lenang.

Kenapa orang siap tulis buku Why "A" Students Work for "C" Students? Sebabnya kita boleh nyatakan sendiri dengan hanya baca tajuknya sahaja iaitu untuk membangkitkan semangat bagi orang yang mendapat kejayaan tertunda ini bahawa mereka juga boleh berjaya sebagaimana tokoh-tokoh masyhur seperti Albert Einstein, Isaac Newton dan Bill Gates yang pada asalnya bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolah dan akhirnya dikatakan sebagai insan yang genius.

Pandanglah ke hadapan, bersedialah dan masuklah ke alam barumu iaitu menuju ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Jangan sesekali kita tinggalkan terus ilmu yang sudah dipelajari kerana kelak kita pasti akan menggunakannya nanti. Teruslah belajar kerana sesungguhnya belajar itu wajib bagi setiap Muslim. Ikhlaskan niat kita dalam belajar, jangan biarkan syaitan dan nafsu berjaya menguasai hati kita. Bukalah ruang seluas-luasnya kepada iman untuk menilai segalanya.

Ke mana-mana pun halatuju anda selepas ini, buatlah yang terbaik. Jika terlalu banyak pilihan, lazimkan solat istikharah dalam kehidupan harian, selalulah bermusyawarah (berbincang) dengan ibu ayah untuk mendapat pemilihan yang paling tepat. In sya Allah ada keberkatan dalam jihad pengajian kita. Saya doakan anda untuk membuat keputusan yang terbaik dalam setiap pemilihan dan jangan lupa doakan MH370 juga.

Wallahua'lam.


13 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. tahniah kepada semua adik-adik yang lulus dengan cemerlang, yang kurang berjaya tu jangan kecewa kerana masih banyak lagi peluang untuk berjaya. Yang penting jangan give up

    BalasPadam
  2. Tahniah kpd yg berjaya & teruskan usaha kpd yg gagal.. gagal bukanlah pengakhiran kpd segala2nya.. Semoga semuanya berjaya dlm kehidupan... aamiin..

    BalasPadam
  3. teringat dulu masa nak pi ambik result spm.. cuak, risau, semua ada.. hehehe..
    yg penting, ingatlah bahawa SPM bukanlah segalanya.. berjaya spm x bermakna lepas ni akan terus berjaya. kena terus berusaha kerana perjalanan masih jauh..
    kalau kurang berjaya, jangan risau.. perjalanan hidup sebenarnya baru bermula. boleh usaha lagi di masa akan datang.. peluang sentiasa ada..

    BalasPadam
  4. berdebar2 masa nak ambil
    ingat dulu nak ambil lewa2 skit tetapi ayah Sop dah ambil dulu.. huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayah saya kerja masa result saya keluar

      Padam
  5. meh la join http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html

    BalasPadam
  6. doakan syira berjaya dunia akhirat ye :)

    BalasPadam
  7. kita dah berusaha sedaya upaya. terimalah keputusan dgn hati yg terbuka. tahniah kpda semua. kdng2 Allah beri kejayaan kpda kita lambat kdng2 cepat. bergantung pda rezeki msing2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama