Kerja Paling Sukar atas Muka Bumi

Hari ini sudah masuk satu Rejab untuk tahun 1435 Hijriah. Ayuh kita perbanyakkan amalan dan membuat persiapan selengkapnya untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba dua bulan dari sekarang. Sesungguhnya Ramadhan itu amat dirindui oleh umat Islam yang serius dalam mengejar segala ganjaran yang dijanjikan Allah.

doa bulan rejab syaaban ramadhan #worldtoughestjob
Doa untuk bulan ini

Eh, kejap. Ada lagi ke yang tidak selesai lagi puasa ganti untuk tahun lepas punya? Jika ada yang masih berhutang puasa, bolehlah segerakan bayaran anda sebelum luput tempohnya. Jangan biarkan diri kita berada dalam keadaan dosa sentiasa.

Dalam entri ini saya bukan ingin kongsikan fadhilat amalan di bulan Rejab mahupun Syaaban, tetapi ingin saya kongsikan satu video yang sudah menjadi viral di youtube. Jumlah paparan terkini semasa saya menghasilkan entri ini adalah 16,930,821 dan ia baru sahaja diterbitkan tidak sampai sebulan pun di Youtube.

Video ini menunjukkan sebuah agensi telah mencipta satu pekerjaan palsu dan seterusnya diiklankan kepada orang ramai melalui internet dan surat khabar untuk dijalankan temuduga yang sebenar. Saksikan video tersebut untuk mengetahui pengakhirannya macam mana tapi yang pastinya anda tidak akan menyesal tonton video ni!



In sya Allah melalui video ini, anda pasti akan sedar bahawa sesukar mana pun kerja yang anda lakukan sebagai orang yang berjawatan tinggi, sebagai seorang ahli perniagaan, sebagai tukang pemungut sampah sekali pun, ada lagi tugas yang lebih berat yang dipikul oleh orang yang kita tahu kewujudannya tapi mungkin tidak sedar akan tugasnya.

Semoga anda semua mendapat manfaat dari video ini. Pungutlah sebanyak mungkin perkara yang baik dan hindari segala yang buruk. Kalau anda rasakan video ini amat bermakna, ringankanlah jari anda untuk kongsi entri ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Tinggallah komen bagi menunjukkan anda setuju dengan video ini.

Wallahua'lam.

Sumber: Gambar - Google, Video - Youtube

#worldstoughestjob #youtube

16 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Salam 1 Rejab ...
    Nice sharing ..
    Jgn lupa tonton video ni ramai2 ...

    BalasPadam
  2. Tiada siapa yang akan mengatakan tidak...memang ianya kerja yg paling sukar dimuka bumi ini.
    Salam 1 Rejab...

    BalasPadam
  3. dah tengok video tu.. setuju.. menjadi ibu adalah pekerjaan paling sukar didunia.. :)

    BalasPadam
  4. Salam Jumat Wafi.Sesungguhnya. Dan tak boleh dinafikan sama sekali..

    BalasPadam
  5. salam. x leh tgok video tu sbb broadband kat kg ni mcm siput sedut. Nanti balik ke umah abe kie download la video ni. ok?

    BalasPadam
  6. video ni cukup kreatif... kerja sebagai mak mmg x da payment.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, betapa berharganya dia buat kita

      Padam
    2. ya betul! once you lost that person, no one can replace her place.

      Padam
  7. In shaa Allah, akan tengok kat umah nanti..

    BalasPadam
  8. salam..have a nice friday..i hope you always fine there..i dont know what to comment here..but i still can write anything here..is it..everything is alright..:-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama