The Liebster Award by Pha Is

Salam Jumaat. Syukur kepada Allah kita masih diberi nafas hingga ke saat ini. Mari perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad di hari Jumaat yang mulia ini. Kalau masih belum baca Surah al-Kahfi, silalah baca kerana ia mempunyai fadhilat yang tersendiri.

Agak sibuk sikit dengan presentation dan peperiksaan yang bersambung-sambung sehingga tidak sempat buka blog ini. Saya memohon maaf kepada semua pembaca dan pengunjung yang sudi meninggalkan komen sepanjang minggu ini kerana tidak sempat membalas komen-komen dan kunjungan anda.

Seketika terdetik untuk membuka blog, nak check juga apa yang berlaku kat rumah kita sepanjang peninggalan. Sedang membelek-belek komen, tertarik dengan komen seorang sahabat blogger, saudara Pha Is:

the liebster award by pha is

Saya tidak berapa ingat sama ada pernah ditag atau tidak memandangkan saya baru memasuki dunia blog secara lebih serius hanya pada tahun lepas. Kiranya roh blogging masih muda walaupun umur blog dah tua. Hehe.

award for blogger

Kalau ikutkan dalam link yang disertakan saudara Pha Is iaitu The Liebster Award, yang mana tertera di situ syarat-syarat yang terkandung dalam menyertai segmen ini, banyak sangat yang terdapat dalam senarai. 

Oleh kerana senarai syarat panjang sangat, saya jadi tidak berapa berminat nak baca syarat-syarat yang berjela-jela panjangnya itu tapi saya hanya akan menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saudara Pha Is sahaja sebagai menghargai kesudiannya untuk tag saya.

1. komen berkenaan blog Hikayat Budak pening ni?
Banyak orang komen. Tampak kemas dan teratur. Masa loading singkat. Ranking Alexa tinggi. Pemiliknya seorang yang peramah dan mesra.

2. hobi korang waktu lapang?
Hobi sering berubah-ubah, sekarang suka belajar ilmu perniagaan internet.

3. ciri2 pasangan ideal?
Saling melengkapi antara satu sama lain.

4. tetiba korang dapat duit sebanyak RM5juta. apa yg korang akan buat dengan duit tu?
Boleh menunaikan umrah bersama seisi keluarga. Tidak perlu lagi membuat pinjaman MARA. Boleh taja pengajian adik beradik. Buat modal bisnes yang merupakan sunnah Rasulullah SAW. Membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.

5. siapa yang selalu jadi ikutan/rujukan korang dalam dunia blog?
Sudah semestinya pengendali blog HasrulHassan.com

6. warna kegemaran dan kenapa?
Tengok blog patut dah tahu. Warna ini melambangkan keindahan alam dan ketenangan.

7. describe diri anda?
Suka buat kerja sendiri.

8. berapakah berat badan korang sekarang? (tak de paksaan untuk jawab, just nk tahu korang berani jawab dengan jujur or tak dgn soalan ni)
Tak jumpa penimbang berat badan dekat kampusXD

9. bnda yg paling tak suka bila blogwalking?
Word verification, slow loading, paksa like, annoying entry (tulisan yang susah nak baca, warna yang susah nak lihat, penulisan style sms) 

10. perkara yg paling nakal yg korang pernah buat?
Kenakan balik rakan yang kenakan kita. (Sila jangan tiru perbuatan ini.)

11. perkara yg boleh membuatkan korang menangis?
Saya mengajak semua orang untuk bermuhasabah setiap malam terhadap apa yang kita lakukan sepanjang hari itu.

Sekian sahaja jawapan daripada saya untuk menjawab soalan yang diajukan oleh saudara Pha Is dalam The Liebster Award ini. Saya tidak sediakan sebarang soalan dan tidak tag sesiapa pun. Tiada paksaan untuk sesiapa pun dan kalau nak jawab juga boleh menziarahi blogger lain yang turut menyertai dan jawab soalan mereka.

Wallahua'lam.

13 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. xpe.. dah jawab pun saya dah berbesar hati.. :)

    BalasPadam
  2. husna pon di tag..menjawab soalan blogger pha is..:)

    BalasPadam
  3. salam perkenalan dari saya sam sufiya.. :)

    BalasPadam
  4. awak kena tag lagi... : )

    http://msredcheesecake.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-anis.html

    BalasPadam
  5. wa... nombor 5 dan 9 tu sama kita...
    Tahniah kerana ditag. Itu menunjukkan Encik Wafi glamer... Tahniah sekali lagi ya

    BalasPadam
  6. Saya jawab dalam satu ni je lah untuk semua.

    Nurul Hidayah & sam sufiya: wa'alaikumussalam
    msredcheesecake: I'll think about it...keke
    kak ieta mat sa'ad: kalau dah blogger memang logik kalau sama part tu,haha

    BalasPadam
  7. syira masih ada yg belum jawab...hehehe...

    BalasPadam
  8. word verification exactly :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama