Jumaat Pertama Ramadhan 1435 H

Hari ini merupakan hari Jumaat pertama untuk bulan Ramadhan tahun 1435 H ini. Saja nak cakap...hehe. Sebenarnya nak tanya, bagaimana perkembangan kisah perjalanan Ramadhan yang kita lalui tahun ini?

Adakah masih sama macam tahun-tahun lepas? Adakah ada sedikit penambah baikan dari sudut ibadah kita, hubungan antara kita dengan Allah? Tak pun jadi lebih teruk lagi daripada sebelum ni? Nauzubillah!

Dalam tempoh masa awal Ramadhan ini kalau tengok kat masjid masih ramai lagi orang yang menghadiri solat lima waktu. Harap-harap jumlah yang ada ini akan terus berkekalan atau bertambah lagi sehingga akhir Ramadhan. Jangan pula bila dah sampai pertengahan tiba-tiba jadi kecundang...huhu

Saya doakan semua pembaca dapat beribadah dengan tenang sepanjang bulan yang mulia ini. Di samping buat kerja harian itu ingatlah semuanya boleh dikira sebagai ibadah asalkan kita ikhlas kerana Allah dan tidak melanggar syariat-Nya bila melaksanakan tugasan kita itu.

Bagi saya masa anda sangat berharga, jadi saya tidak akan tulis panjang-panjang sangat supaya anda boleh teruskan buat kerja lain. Jumaat pertama Ramadhan 1435 H hampir tamat ni, kalau ada masih tak baca Surah Al-Kahfi lagi masih sempat.

Semoga anda diberkati di bulan yang berkat ini. Amin.


Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama