Post ni sebagai penerangan yang lebih lanjut tentang post yang
sebelum ni yang bertajuk Mengapa kita dicipta? Setiap
rutin dalam kehidupan harian kita boleh menjadi ibadah asalkan mengikut
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam.
Syarat-syarat tersebut adalah
seperti berikut:
- Amalan yang dikerjakan itu hendaklah bertepatan dengan hukum-hukum syariat Islam dan tidak bercanggah dengannya.
- Amalan-amalan itu diiringi dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Seorang Muslim mesti mempunyai niat untuk memelihara kehormatan dirinya, memberi manfaat kepada ummah dan memakmurkan bumi Allah.
- Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT suka apabila sesorang daripada kamu membuat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh." (HR al-Baihaqi)
- Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya. Contohnya tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.
- Tidak melalaikan kewajipan ibadah-ibadah yang khusus dalam mengerjakan amalan-amalan dunia seperti solat, puasa dan sebagainya.
Allah SWT
telah berfirman yang bermaksud: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta
mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan
hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (Surah An-Nur: 37)
Jadi, apabila seseorang itu dapat menuruti syarat-syarat tersebut dalam pekerjaan harian, dia telah dikira sentiasa beribadah sepanjang hari walaupun tidak berada di masjid-masjid atau tempat-tempat ibadah yang lain.
Selamat Beribadat Sepanjang Masa!
Jadi, apabila seseorang itu dapat menuruti syarat-syarat tersebut dalam pekerjaan harian, dia telah dikira sentiasa beribadah sepanjang hari walaupun tidak berada di masjid-masjid atau tempat-tempat ibadah yang lain.
Selamat Beribadat Sepanjang Masa!
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)