Seminar i-Success UPSR



14 Julai, Sabtu – Sebuah program motivasi UPSR 2012 telah dianjurkan oleh Yayasan Tenaga Nasional yang bertempat di COIT (College of Information and Technology). Sebanyak 192 orang pelajar  dari empat buah sekolah di sekitar Bangi yang menyertai program ini.

         Alhamdulillah, program yang dikendalikan oleh pensyarah pelajar Program Tahfiz Kejuruteraan Uniten  ini lancar berjalan dengan bantuan daripada beberapa orang wakil dari CICU (Centre of Islamic Studies and Civilisation Uniten), Yayasan Tenaga Nasional dan semua fasilitator yang terdiri daripada pelajar Tahfiz Kejuruteraan Uniten sendiri.

LDK 1: Buat sangkar telur daripada straw
         Memang tak dapat dinafikan, program ni mencetus pengalaman pertama  buat saya sendiri dan rakan-rakan yang lain. Pada saya, ia memang pengalaman yang amat manis apabila dapat menjadi fasilitator kepada budak-budak Darjah 6 yang bakal menduduki UPSR pada 11 September ni.

         Malam sebelum program tu, kami dibentangkan tentang tentatif program tersebut dan perkara yang perlu kami buat dalam kumpulan yang kami pimpin. Pada malam tu, berdebar rasa hati ini nak mengajar budak-budak tentang pengurusan jadual yang betul, yela…diri ni bukanlah pandai sangat pun bab jadual ni. Selain tu, kami juga memantau aktiviti mereka dalam Latihan Dalam Kumpulan, dari sinilah saya dapat berkenalan dengan anak buah saya seramai 11 orang J.

LDK 2: Bina bangunan yang kukuh
daripada surat khabar
          Bila dah tamat program yang bermula seawal 7.30 pagi hingga ke petang tu, Alhamdulillah semua pihak berpuas hati dengan kerja kami sebagai fasilitator. Tapi ia cukup mencengkam jiwa, rasa tak dapat melupakan budak-budak bawah pimpinan saya tu(semua lelaki), rasa macam tak boleh tengok budak 2, 3 hari baru boleh jadi biasa balik. Huhu, sedihnya rasa… maklum la saya takde adik lelaki.

           Sedikit sebanyak progam ni merupakan asas buat kami pelajar Program Tahfiz Kejuruteraan Uniten  untuk memperbaiki kemahiran dan menambah pengalaman kami dalam pengurusan program. Doakan kami berjaya menjadi benchmark tahfiz kat Malaysia seterusnya seluruh dunia. Insya-Allah!

  

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama