Pelajar Tahfiz Uniten Menganjurkan Program Bubur Asyura

pelajar tahfiz uniten menganjurkan program bubur asyura

Hari ini pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di bawah Program Tahfiz Kejuruteraan menganjurkan Program Bubur Asyura buat pertama kalinya di Masjid Uniten. 

Sebenarnya, program yang telah lama dirancang ini telah tertunda beberapa kali hingga menjumpai hari cuti yang menarik yakni Hari Keputeraan Sultan Selangor yang jatuh pada tarikh yang begitu cantik seperti hari ini, 11/12/13.

Kata pengarah program, meskipun kini telah memasuki bulan Safar tapi tidak salah untuk kita membuat program ini demi mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar dan sebagai peristiwa yang tidak akan dilupakan.

Pengacauan bubur asyura telah bermula sejak pagi tadi dengan jadual yang telah disusun oleh pihak pengurusan program dan dijangka akan siap pada petang ini.

Bubur asyura bakal diagihkan kepada para peserta program dan jemaah masjid yang hadir pada waktu Maghrib di Masjid Uniten. In sya Allah. Jadi sesiapa yang nak merasainya sekali, Ayuh ke Masjid Uniten malam ni!

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama