Dia Tak Cantik, Dia Tak Cantik!

Seorang lelaki Mesir pergi bekerja di Emirates selama empat tahun dan menjadi kaya. Setelah mengumpulkan sejumlah harta kekayaannya, dia memaklumkan kepada ayahnya, "Ayah, saya nak nikah. Sudah banyak tahun berlalu begitu sahaja tanpa mempunyai pasangan, sekarang tibalah masanya untuk saya bernikah. 
Cinta itu hadir kerana Allah
Gambar Hiasan

Saya nak ayah sendiri pilih seorang isteri untuk saya dan menyelesaikan segala urusan berkaitan dengan pernikahan ini. Saya nak hari pernikahan itu menjadi hari saya tiba di sana dan saya tak nak lihat dia sehinggalah tibanya hari itu!"
Begitulah tahap kepercayaan anak muda ini terhadap ayahnya. Ayahnya merupakan seorang imam dan berpegang teguh kepada agama. Tidak dapat dinafikan bahawa seorang yang soleh semestinya tahu bahawa dinikahi wanita itu kerana empat perkara iaitu kekayaan, kecantikan, keturunan dan agama dan yang terbaik adalah memilih yang beragama.
Si Ayah telah memilih seorang calon yang amat berkualiti agamanya untuk dijadikan menantu, tetapi rupa gadis itu bukanlah yang terbaik buat para pemuda.
Bila telah tiba waktunya, si anak sampai di lapangan terbang Mesir. Dia dijemput oleh ayahnya dan dibawa kepada isterinya yang memakai hijab yang menutup muka. Dipendekkan cerita, dia masuk ke dalam bilik berdua-duaan bersama isterinya.
Sebaik sahaja isterinya membuka hijab yang menutup wajah, dia terkejut. Dia terkejut! "Inikah isteri yang ayah telah pilih untukku?! Dia tak cantik, dia tak cantik!"
Dia menjadi amat tertekan. "Bertahun lamanya aku menunggu dengan begitu gembira, amat gembira untuk menerima perkara ini?!" Dia begitu tertekan sehingga dia tertidur malam itu.
Di sepertiga malam itu, si isteri yang memahami reaksi suaminya, cuba mengejutkan suaminya tapi dia enggan. Dia cuba lagi dan suaminya masih enggan untuk bangun. Kemudian dia memercikkan air barulah suaminya bangun dan dia berkata: 
"Saya tahu betapa kecewa perasaanmu dan saya faham saya tak cantik, tapi tahukah kamu? Saya berhasrat untuk berkahwin hanya kerana satu sebab iaitu saya ingin melaksanakan hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda: 
"Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada waktu malam lalu solat kemudian dia membangunkan isterinya lalu isterinya juga solat. Jika isterinya enggan maka si suaminya memercik wajah isteri dengan air.

Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada waktu malam lalu solat kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan maka si isterinya memercik wajah suami dengan air."

Wallahi! Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kamu yang memenuhi impianku. Saya betul-betul mahu melaksanakan hadis itu dan saya kira peluang saya untuk berkahwin amat tipis kerana saya tahu saya tak cantik.
Sekarang bolehkah kamu memenuhi selebihnya daripada hadis ini bersamaku? Bolehkah kamu bangun dan mengimamiku dalam solat? Solat tahajjud bersamaku?"
Si suami bangun dan mengimami isterinya dalam tahajjud pertama mereka. Sebaik sahaja selesai solat tahajjud, sesungguhnya lelaki ini bersumpah dengan nama Allah bahawa dia melihat isterinya seakan-akan melihat wanita yang paling cantik di atas muka Bumi ni!
p/s: Begitulah perjalanan sebenarnya duhai sahabatku. Rasa cinta bukan lahir daripada kayanya seseorang, bukan juga daripada eloknya wajah seseorang akan tetapi ia akan sampai ke hati kerana Allah~!
Muhasabahlah diri...

24 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. huhu terharu baca kisah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya Allah yang mampu bagi segala-galanya...

      Padam
  2. Subhanallah... semoga ianya menjadi kisah pedoman buat mereka yg belum berkahwin

    BalasPadam
  3. Semuga rasa cinta sebegitu hadir dlm hati kita semua.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semoga Allah hadirkan dalam hati kita:)

      Padam
  4. indahnya bila sayang kerana Allah :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, indah sungguh jika berkasih sayang kerana Allah...

      Padam
  5. Subhanallah.. kuasa Allah mengatasi segala2nya.. Allah sentiasa memberi ketenangan kedlm hati setiap insan yg bertaqwa kpdNya.. Allahuakbar...

    BalasPadam
  6. subhanaALLAH.. indahnya jika kerana ALLAH .. terima atas perkongsiannya

    BalasPadam
  7. Subhanallah... Terharu baca kisah ni.
    Nice entri.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu...:)

      Padam
  9. indahnya cinta bila disalurka pada tempat yg betul... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama