Dunia sekarang banyak membantu manusia dalam proses penyebaran sesuatu maklumat kepada umum. Dengan hadirnya media sosial yang berlambak di alam maya seperti Twitter, Facebook, Instagram dan bermacam-macam lagi telah menjadikan segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah tidak kiralah daripada sesiapa pun maklumat tersebut bersumber.
Tidak dinafikan bahawa mudah menyebarkan maklumat adalah suatu perkara yang berguna. Akan tetapi, adakah semua maklumat itu benar belaka? Di sebalik mudahnya menyampaikan berita, semestinya mudah juga untuk menyebarkan khabar angin tidak kira yang bercerita tentang apa jua sekali pun.
Apabila ada benda baik biasanya yang buruk akan menyusul jua. Seperti mana ciptaan teknologi yang asalnya dicipta untuk sesuatu kebaikan tetapi telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab seperti pistol yang digunakan untuk mempertahankan negara tetapi digunakan juga oleh penjenayah untuk membuat kerosakan.
Apa yang saya nak cakap sebenarnya ialah apabila kita mendapat sesuatu berita atau khabar angin mahu pun gosip jangan pantas jari kita menekan butang 'share', 'retweet' dan sebagainya. Jangan mudah percaya dan tertipu dengan maklumat yang kita jumpa. Selidikilah dulu sumber dan kebenaran perkara tersebut terlebih dahulu.
Allah SWT berfirman dalam Alquran yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurot: 6)
Apabila kita menyebarkan sesuatu berita yang buruk, secara automatik kita telah menyebarkan aib orang itu kepada orang ramai. Apabila kita kongsi dengan orang lain dan orang itu pula akan sebar kepada orang lain lagi maka dosa kita akan terus membesar dengan sebab kita menyebarkannya. Hakikatnya kita telah menipu ramai orang kerana benda itu sesungguhnya tidak benar.
Tuntasnya, elakkan diri daripada menyebarkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya hanya kerana ingin trafik naik, nak cari publisiti atau apa-apa tujuan peribadi. Tidak kiralah sama ada anda seorang blogger, facebooker, twitterer, whatsapper, instagrammer, youtuber dan macam-macam lagi kerjaya, berhati-hatilah dengan maklumat yang disebarkan.
Wallahua'lam.
Betul tu.. jngnlah menyebarkan fitnah semata2 kerana cerita itu dpt meraih publisiti.. kelak kita akan dipertanggungjawab ke atas fitnah itu.. penganiayaan kpd mangsa.. nauzubillah. semoga kita semua terhindar dari melakukan perbuatan spt itu.. aamiin...
BalasPadamMaklumat tu umpama gelombang yang wujud bila kita campakkan seketul batu di dalam sebuah kolam. Semakin jauh dari punca batu tu jatuh, semakin besar gelombang yang terhasil. Kadang2 kita tak tahu pun mana punca datangnya gelombang yang terhasil tu. Mungkin ia dah bercampur2 dengan gelmobang dari punca-punca lain. Nak siasat mana punca tersangatlah susah. Lebih baik biarkan saja gelombang itu pergi..
BalasPadamNice analogy (Y)
PadamKalau tak tahu sahih sesuatu cerita, baik kita biarkan saja.. jangan meneruskan apalagi menambah-nambah
BalasPadamYa, lebih baik diam
Padambahaya klu share sebarang..
BalasPadamkna check dulu...
Padamsyira pun pernah share pasal ni dlu...tak sahih lg jgn share :)
BalasPadamkna pastikan betul dulu...huhu
Padamtakut juga ye.
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)