Petani Dengan Batu-batu Hitam

Seorang petani sedang mempersiapkan tanah yang baru dibelinya untuk menanam tanaman baru di situ. Sedang mencangkul, dia telah tercangkul sesuatu benda yang keras di dalam tanah tempat dia mencangkul itu. Dengan rasa ingin tahu terhadap apa yang diketuknya itu, dia tergerak hati untuk membongkar misteri barangan tersebut lalu menggali tanah sedikit demi sedikit dan mendapati ianya merupakan sebuah kotak besar yang terkambus.

Kata-kata Imam Ibn Al-Qayyim tentang masa

Melihatkan kotak yang besar itu, tanpa berlengah panjang dia mengeluarkan kotak tersebut dan berusaha untuk membukanya. Alangkah kecewanya dia apabila mendapati bahawa di dalam kotak itu hanyalah berketul-ketul batu berwarna hitam sahaja. Imaginasi indah yang dibayangkannya sebentar tadi pecah berderai dalam sekelip mata sahaja.

Dia tidak membuang batu tersebut tetapi ingin tetap memanfaatkannya. Dia bercadang untuk menggunakan batu-batu tersebut sebagai bahan untuk menghalau burung-burung yang akan menjadi ancaman terhadap tanaman-tanamannya apabila tibanya masa untuk menuai nanti.

Lama kelamaan akhirnya tibalah jua masa masaknya tanaman sekaligus masa untuk burung-burung bertindak untuk memakan hasil tanaman itu. Jadi, bermulalah misinya untuk melontar batu-batu hitam itu ke arah burung-burung yang berani mendekati dan cuba memakan hasil tanamannya.

Pada suatu hari, seorang lelaki yang menjalankan perniagaan menjual batuan berharga seperti berlian, delima dan mutiara telah ditakdirkan untuk melalui ladang tanaman itu. Tiba-tiba, sebiji batu berwarna hitam yang dilontarkan oleh petani itu jatuh betul-betul di hadapannya. Dengan pandangan yang begitu teruja dia mengutip batu tersebut, membawanya kepada petani itu dan bertanya adakah dia sanggup menjualnya dengan harga RM5,000.

Dengan anggapan bahawa lelaki itu sedang membuat lawak, dia membalas, "Tidak, tidak sama sekali." Kemudian lelaki itu terus merayu dan menawarkan harga setinggi RM50,000 sambil menerangkan kepada petani bahawa batu hitam itu adalah suatu batuan yang amat unik dan sukar untuk dijumpai terutama pada masa kini.

Akhirnya, petani itu hanya mampu menangis kerana hanya dua biji batu sahaja yang tinggal dan yang selebihnya telah dibuang ke merata tempat dan tidak dapat dikesan lagi sambil mengenangkan kebodohannya yang bertindak tanpa mengetahui bahawa batuan itu adalah barangan yang amat berharga sekali.

Setiap saat dalam hidup kita adalah sangat berharga. Sedangkan orang yang tidak mempunyai apa-apa pun tetap mempunyai masa. Hari ini, kita ibarat membuang batu-batu berharga itu ke merata-rata tempat dan tidak mampu untuk mengutipnya kembali. Tapi pada Hari Penghisaban kelak, kita akan sedar betapa berharganya masa tapi ketika itu kita telah terlambat. Selagi masih diberi peluang, gunalah masa sebaiknya.

p/s: Takziah buat MH370 & #Pray4Egypt

31 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. pengajaran untuk hari ini..

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas ingatan ini ...

    BalasPadam
  3. Itulah kelemahan kitakan Wafi. Selalunya kita tak menghargai apa yang kita ada higaalah kita hilang semuanya...nice story...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Bila hilang baru tahu kepentingannya

      Padam
  4. bak kata pepatah, hanya jauhari yg mengenal manikam.. :)

    BalasPadam
  5. Kadang2, kita langsung tak sedar benda dalam genggaman kita tu benda yang berharga...

    BalasPadam
  6. Terima kasih mengingatkan..
    Memang betul, kita ni sentiasa tidak menghargai sesuatu yang ada...bila dah terlambat baru nak sedar.

    BalasPadam
  7. kalau la masa yang dah lepas tu boleh ditebus dengan duit, ramai yang berebut kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka akan sanggup bayar walau berapa pun

      Padam
  8. Terima kasih peringatan ini.. ini akan menjadi pengajaran untuk kita semua

    BalasPadam
  9. Hargailah setiap apa yang kita miliki dan bersyukur.

    BalasPadam
  10. alhamdulilah kisah yang baik sekali, terima kasih peringatannya

    BalasPadam
  11. walau hanya batu itu yang kita anggap tak berguna dalam masa sama kit rugi sebab tak dapat manfaatkannya pada perkara yang baik..untuk akan datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya tak dapat kembali apa yang kita sia2kan itu...nauzubillah

      Padam
  12. perkara yg paling jauh dari manusia ialah masa lalu, manfaatkan masa yg ada.

    BalasPadam
  13. Terima kasih utk ingatan yg baik :)

    BalasPadam
  14. terima kasih wafi atas perkongsian ni.. :)

    BalasPadam
  15. nice sharing. untuk perkongsian bersama

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama