Selamat Hari Guru 2014

Seperti biasa apabila buka blog sendiri saya akan ke bahagian blog list dan blogwalking ke blog sahabat-sahabat blogger dalam bloglist saya. Masuk ke dalam blog Zamani Abe, maka tiba-tiba terpasang sebuah lagu yang mengembalikan memori silam yang membuai rindu.

guru: pencetus kreativiti, penjana inovasi


Guruku Tersayang


Di sini, saya turut sediakan lirik lagu 'Guruku Tersayang':

Pagiku Cerahku
Matahari bersinar
kugendong tas merahku 
di pundak

Selamat pagi semua
kunantikan dirimu
di depan kelasmu 
menantikan kami

Guruku Tersayang
Guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nakalnya diriku
Kadang buatmu marah
Namun segala maaf
Kau berikan





Tema Hari Guru 2014:




Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 


Oh, guru!

Terkenang zaman dahulu tatkala diri ini masih kecil dan belum kenal dunia. Teringat keriangan dahulu tika zaman persekolahan baru kukenali. Sungguh indah lagu itu sehingga menusuk rindu kepada guru-guru yang pernah kukutip ilmu dari mereka. Guru yang tidak mengenal erti penat lelah demi mendidik anak bangsa. 

Oh, guru!

Yang terpancar keluar berputar di layar memori, bermula saat sekolah rendah berterusan ke sekolah peringkat menengah sehingga ke masa kini di universiti. Itu baru di tempat pengajian, tidak dilupakan juga kepada mereka yang mengajar di luar sekolah sama ada di masjid, seminar mahupun dewan pengajian. Betapa golongan guru ini amat berbakti dalam membina generasi yang bakal menyandang pimpinan pada masa akan datang.


Selamat Hari Guru 2014


Janganlah kita 'buat hal' dengan guru, jika guru tidak meredhai kita maka tiada keberkatan dalam pengajian kita itu. Jadi sia-sia semua ilmu yang kita pelajari daripada mereka. Berbaktilah kepada guru, besar sungguh jasa mereka. Betapa pentingnya keberkatan dalam menuntut ilmu.

Tidak kira walau sesiapa pun anda, walaupun pernah mengajar saya ataupun tidak, saya mohon ampun jika saya pernah menyakit hati sesiapa sama ada dari segi perbuatan, perkataan dan segala macam cara.

Mohon keberkatan di atas segala ilmu yang diberikan sama ada secara rasmi mahu pun sepintas lalu tanpa disedari. Selamat Hari Guru 2014 buat semua khususnya mereka yang bergelar guru :)

12 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Selamat Hari guru buat semua-guru diseluruh Malaysia...

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik.. jasa mu ttp dikenang..

    BalasPadam
  3. Selamat hari guru buat semua kerana kita juga adalah guru....cuma xde bergaji :)

    BalasPadam
  4. Selamat hari guru buat semua guru2 terutamanya mak saya yg juga merupakan guru saya :)

    BalasPadam
  5. 16 may lepas, lecturer zizie melontar kata-kata sebagai ucapan hari guru, "hari ni hari guru, suka hati saya nak cakap apa". hahahahaha..

    BalasPadam
  6. selamat hari guru buat semua warga pendidik..

    BalasPadam
  7. selamat hari guru dan happy weekends wafi

    BalasPadam
  8. Selamat hari guru semelaysia 2014.

    BalasPadam
  9. Wah tahun ini ada org ucap selamat hari guru kat saya, xsangka!

    BalasPadam
  10. Guru memang banyak jasanya.. memberi ilmu juga menahan sabar.. pernah gak nampak cikgu sampai menangis menahan sabar dulu2.. huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama