Wasiat Untuk Umat Islam Sedunia

Ni adalah pesanan yang saya jumpa atas sekeping kertas yang disebarkan di sekolah saya. Tak diketahui sumbernya dari mana jadi tak tahulah kesahihannya. Apa pun saya rasa benda ni boleh jadi iktibar buat semua sebagai renungan untuk kita, umat akhir zaman...

ASSALAMUALAIKUM

DARIPADA SYEIKH AHMAD MADINAH SAUDI ARABIA

Pada suatu malam ketika hamba sedang membaca Al-quran di makam Rasulullah S.A.W. dan selepas hamba membaca lalu hamba tertidur. Dalam tidur hamba bermimpi bahawa Rasulullah S.A.W. mendatangi hamba lalu bersabda kepada hamba iaitu:

60, 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya dalam beriman:-

  •          Isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami
  •          Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa kepada orang miskin
  •          Ramai orang sudah lupa untuk berzakat
  •          Ramai juga orang yang sudah lupa membuat kebajikan

Oleh itu wahai Syeikh Ahmad, hendak engkau menyedarkan orang Islam ini supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan(Qiamat) tiba di mana semua bintang akan terbit dari langit. Sesudah itu pintu langit(Taubat) akan tertutup. Tulisan dalam Al-quran akan hilang dan matahari akan turun atas kepala.

PESAN HAMBA INI

Berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammmad S.A.W.. bertaubatlah dengan segera ketika pintu taubat masih terbuka. Bersembahyanglah. Jangan tinggal zakat. Berpuasalah dan tunaikan fardu haji jika mampu dan janganlah mendurhaka kepada kedua ibu bapa.


Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama