"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Surah Ali Imran : 135).
Oleh itu, kita perlulah bertaubat terhadap segala dosa yang pernah kita lakukan agar dipermudahkan Ilahi untuk kita menuju ke syurga-Nya kelak. Bertaubat adalah salah satu jalan bagi menyucikan dosa di dunia tetapi, di akhirat api neraka yang akan menyucikan segala dosa sebelum kita layak untuk masuk syurga. Jadi, jalan manakah yang kita pilih, bertaubat atau menanti api neraka bagi menyucikan dosa?
Wahai sahabat sekalian, pintu taubat masih terbuka maka janganlah kita lengah-lengahkan masa yang ada. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin agar kita tidak menyesal di akhirat nanti. Renunglah ayat Al-quran di atas, anda akan fahami bahawa Allah Maha Pengampun terhadap hamba-hamba-Nya yang memohon keampunan kepada-Nya biarpun banyak melakukan dosa dan maksiat.
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)