Di akhirat,
wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini
bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki
memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar
ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau
dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,
mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum
lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan
masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai
Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni
yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada
kita...wallahua'lam
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)