Makna di Sebalik Senyuman


Apakah anda semua ingin memperoleh ganjaran dan pahala tanpa perlu bekerja keras? Anda juga tidak perlu mengeluarkan barang sesen pun wang dari tabung simpanan anda. Bagaimanakah caranya? Dah dapat teka? Ya, senyumlah pada saudara anda sesama muslim. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
“Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah sedekah”
(Riwayat Tirmizi)

makna di sebalik senyuman
Senyuman merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 


Dengan senyuman, muka akan menjadi cerah, darah menjadi lancar, kedua mata nampak begitu ceria. Senyuman juga melatih otot wajah kita. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Betapa banyak sedekah yang kita abaikan dengan wajah yang bengis, bermuka masam dan murung. Sesetengah orang berpendapat bahawa wibawanya akan berkurang jika senyum kepada orang lain. Pemahaman sebegini adalah salah kerana orang ramai tidak menghormati sikap seperti ini, malah mereka menjauhinya dan menghindarkan diri daripada memilikinya apatah lagi membiarkan ia bersarang dalam hati.

Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”.
(Kata-kata pujangga)


Pesan saya, senyumlah dengan penuh keikhlasan tanpa menyembunyikan suatu maksud lain di sebalik senyuman itu...


Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama