Kelebihan Menuntut Ilmu (Sabda Nabi Muhammad s.a.w.)


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Menuntut ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap muslim.
(Riwayat Ibnu Abdul Barr)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Keutamaan seorang alim di atas seorang abid (ahli ibadat) sebagaimana keutamaanku di atas serendah-rendah orang dari kalangan kamu.
(Riwayat al-Tirmizi)

Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab daripada ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat.
(Riwayat Ibnu Abdul Barr)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila aku didatangi oleh suatu hari dan tidak tidak bertambah ilmuku pada hari itu yang dapat mendekatkan diriku kepada Allah Azza wa Jalla, maka tidak ada keberkatan untukku pada hari itu.
(Riwayat al-Tabarani, Abu Na’im dan Ibnu Abdul Barr)  

Daripada Abu Darda’ r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
       “Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan jalan untuknya ke syurga.
       Dan sesungguhnya para malaikat sentiasa mengembangkan sayapnya untuk memberi naungan kepada orang yang menuntut ilmu kerana sangat menyukai perbuatan mereka itu.
       Sesungguhnya orang alim akan dipohon keampunannya oleh segala makhluk yang ada di langit dan bumi serta ikan-ikan dan hidupan di dalam air.
       Kelebihan seorang alim berbanding abid (ahli ibadat)  seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang yang ada.
       Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para Nabi dan sesungguhnya Nabi sekali-kali tidak mewariskan harta walau sedinar atau sedirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu pengetahuan.
      Beruntunglah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)    

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama