(Riwayat Ibnu Abdul Barr)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka dia
dipintarkan dalam agama.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Keutamaan seorang
alim di atas seorang abid (ahli ibadat) sebagaimana keutamaanku di atas
serendah-rendah orang dari kalangan kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab daripada ilmu
pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat.”
(Riwayat Ibnu Abdul Barr)
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila aku
didatangi oleh suatu hari dan tidak tidak bertambah ilmuku pada hari itu yang
dapat mendekatkan diriku kepada Allah Azza wa Jalla, maka tidak ada keberkatan
untukku pada hari itu.”
(Riwayat al-Tabarani, Abu Na’im dan Ibnu Abdul
Barr)
Daripada Abu Darda’ r.a. berkata: Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa
yang berusaha untuk menuntut ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan jalan
untuknya ke syurga.
Dan sesungguhnya para malaikat sentiasa
mengembangkan sayapnya untuk memberi naungan kepada orang yang menuntut ilmu
kerana sangat menyukai perbuatan mereka itu.
Sesungguhnya
orang alim akan dipohon keampunannya oleh segala makhluk yang ada di langit dan
bumi serta ikan-ikan dan hidupan di dalam air.
Kelebihan
seorang alim berbanding abid (ahli ibadat) seperti kelebihan bulan purnama berbanding
segala bintang yang ada.
Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para Nabi
dan sesungguhnya Nabi sekali-kali tidak mewariskan harta walau sedinar atau
sedirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu pengetahuan.
Beruntunglah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
إرسال تعليق
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)