Ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Malahan amalan-amalan soleh yang dilakukan dalam bulan tersebut akan turut menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah dilakukan.
Bagaimana jika ada manusia yang melalui bulan keampunan namun dosa-dosanya tidak juga diampunkan oleh Allah? Bukankah ini menunjukkan betapa celakanya manusia tersebut? Alangkah celakanya kita kalau melalui bulan yang penuh keberkatan, namun dosa-dosa tidak juga diampuni oleh Allah. Wal ‘Iyadzu Billah Min Dzalik.
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)