Eid Al Fitri adalah hari kemenangan, kesucian dan hari kebesaran.
Hari Kemenangan kerana kita berjaya menahan hawa nafsu selama sebulan
penuh untuk beribadah puasa.
Hari Kesucian kerana seseorang yang sempurna berpuasa dan menunaikan
zakat fitrahnya maka dia akan disucikan dari dosa umpama bayi yang lahir dari
perut ibunya (tanpa dosa).
Hari kebesaran kerana kemenangan dan kesucian yang kita raih adalah
semata-mata hadiah yang besar dari ALLAH SWT untuk kita.
Daripada Ibnu Abbas r.a.
“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
mewajibkan Zakat Fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan
yang sia-sia dan kata-kata keji, serta sebagai pemberian makanan bagi orang-orang
miskin”.
"Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat)
enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Hadis
Riwayat Muslim)
من العائدين
والفائزين تقبل الله من و منكم
كل عام وأنتم بخير
Ucapan daripada: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)