Sihir Pun Maju?


Sebut sahaja sihir mesti kita akan terfikir pasal bomoh, dukun, kemenyan, jin, tangkal dan benda-benda yang lebih kurang camtu. Tapi kan, zaman sekarang semakin lama semakin maju. Sihir pun tidak ketinggalan. Melalui internet pun orang boleh nak sihir lagi!

        Tadi ada seorang sahabat post kat facebook pasal benda ni. Post tu dia share daripada blog Pena Alfateh. Ia mengisahkan tentang seorang ayah yang ingin berkahwin lagi akibat terkena buatan orang. Puncanya? Kerana dia meletakkan gambarnya sendiri sebagai profile picture facebook. Gambar tu dah la gambar penuh, duduk sorang-sorang pula, memang senang la orang nak sihir kalau gambar macam ni!

        Memang kalau difikirkan dengan logik akal kita tak dapat menerima cerita tahyul macam ni, tapi mungkin orang yang pernah melalui akan merasainya. Orang yang tak pernah susah tak akan pernah merasai kesusahan orang lain. Betul tak?

        Nasihat buat semua, elakkan daripada meletakkan gambar sebenar. Kalau nak letak pun letaklah gambar yang tak penuh. Nak baik lagi pilih gambar yang duduk ramai-ramai. Yang penting kita kena amalkan doa pelindung daripada makhluk halus. Insya-Allah, Tuhan akan memelihara kita. 

 

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama