Anak Jatuh di Gunung

Seorang anak dan ayahnya sedang berjalan di atas gunung. Tiba-tiba tanpa diduga si anak jatuh sampai cedera dan meraung: "AAAhhhhhhhhh!!!" Apa yang membuatkan dia terkejut ialah dia mendengar ada suara yang mengulang kembali raungannya di suatu tempat di kawasan bukit itu: "AAAhhhhhhhhh!!!" Di sebabkan oleh rasa ingin tahu yang amat, dia melaung: "Siapa kamu?" Dia mendapat jawapan: "Siapa kamu?" 

echo mountain trail
Kredit

Kemudian dia melaung lagi: "Saya kagum dengan awak!" Suara itu menyahut lagi:  "Saya kagum dengan awak!" Oleh kerana marah dengan balasan ang diterima, terus dia melaung lagi: "Pengecut!" Dia mendapat jawapan balik: "Pengecut!"

Terkedu dengan itu, dia berpaling kepada ayahnya dan bertanya: " Apa yang berlaku ayah?" Ayahnya hanya senyum dan berkata: "Anakku, dengar baik-baik." Si Ayah melaung: "Kamu adalah jaguh!" Suara itu membalas "Kamu adalah jaguh!" Si Anak terkejut, dia masih belum mengerti dengan situasi yang dihadapinya.

Kemudian, Si Ayah menerangkan kepadanya: "Kita panggil ni gema atau pantulan suara. Sebenarnya gema ini ibarat sebuah kehidupan. Ia memberi balik segala apa yang dikatakan dan apa yang kita buat. Secara mudahnya, kehidupan kita ialah pantulan kepada perbuatan-perbuatan kita. Jika kita mahu lebih banyak kecintaan dalam dunia, banyakkan kecintaan dalam hati kita. 

Kalau mahu lebih kerjasama dalam kumpulan, pertingkatkan semangat kerjasama kita dahulu. Hubungan ini dapat digunakan untuk semua perkara, dalam segenap aspek kehidupan. 

Kehidupan akan mengembalikan semua yang kita beri kepadanya. Kehidupanmu bukan suatu kebetulan, tapi ia refleksi dirimu sendiri!

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama