Lirik Lagu Terapung!

Anda suka menyanyi lagu, tapi anda masih tak ingat liriknya. Jadi anda search la lirik melalui laman web lirik atau pun tulis sendiri dan nyanyi sambil tengok liriknya. Adakah anda bebas melakukan kerja lain di samping membaca lirik itu? Menyusahkan, betul tak?
Saya ingin memperkenalkan satu software menarik yang berkaitan dengan muzik. Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang memang dah guna dan kemungkinan juga ada yang masih belum pernah terdengar langsung pasal software ni.  

Software apa lah agaknya, ye? 

Kepada yang masih tak tau, meh sini saya nak bagitau. Software yang dimaksudkan ialah MiniLyrics daripada crinsoft.com. Software ni merupakan plug in kepada software-software pemain media seperti Windows Media Player, VLC Media Player, GOM Player dan macam-macam lagi.



Kaedah Penggunaan

Caranya mudah sahaja, kita kena ada sambungan internet dan ia akan mencari lirik bagi lagu yang dimainkan secara automatik. Akan tetapi, sekiranya lirik tak keluar atau tak dijumpai, kenalah search secara manual. 
Biasanya masalah yang menyebabkan tak keluar lirik ialah maklumat bagi file lagu itu yang salah seperti nama artis dan nama lagu itu sendiri. Jadi, kita kenalah perbetulkan secara manual. Kita juga dapat menulis atau menyusun sendiri lirik kita mengikut tempoh masa muzik dan penyesuaian dengan muzik yang dimainkan.

Kejap, ada lagi yang menarik!

Apa yang lebih menarik tentang MiniLyrics, ia ada fungsi floating lyrics. Apa kejadahnya floating lyrics ni? Floating lyrics maksudnya lirik tetap timbul walau window apa sekali pun yang kita buka.
Oleh itu, dapatlah kita dengar lagu di samping menyusun fail, melayari internet, menaip, buat kerja mengedit gambar, video dan lain-lain lagi, semuanya sambil dapat tengok lirik. 
Tapi nasihat saya, janganlah sampai hilang fokus dalam buat kerja. Ok, setakat itu dulu daripada saya. Kalau ada masalah tanya saya atau lebih baik explore sendiri, sebab saya pun bukan tahu banyak sangat dan saya pun explore sendiri je... Sekian, wassalam.
Senyum.

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama