Tahun Baru Hijriah 1435

bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, sebelum Maghrib tadi sempat baca doa akhir tahun hijriah bersama dengan keluarga. Tahun ini, syukurlah kerana setiap ahli keluarga mampu hadir menadah tangan beramai-ramai mengaminkan doa yang dibaca. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa awal tahun hijriah selepas solat Maghrib ditunaikan.

Tahun baru telah tiba, apakah perancangan kita yang seterusnya? Dalam membaca doa akhir dan awal tahun, apakah kita menghayati isinya dengan sepenuh hati? Apakah benar-benar ikhlas kita mengaminkan setiap lafaz daripada doa yang dibacakan itu? Muhasabahlah diri masing-masing, di manakah kedudukan kita.

Mulakanlah awal tahun baru ini dengan penuh taat, patuh dan tunduk kepada-Nya. Perbanyakkan berdoa dan meminta kepada Allah SWT.
Selamat Tahun Baru 1435H

Berdoa agar diampunkan dosa sepanjang tahun.
Berdoa agar dikuatkan iman sepanjang tahun.
Berdoa agar dipermudahkan mendapat: 
-Rezeki yg halal dan berkat sepanjang tahun.
-Rezeki mempelajari ilmu bermanfaat.
-Rezeki mendampingi para ulama.
-Rezeki menghadiri majlis ilmu dan kuliah agama.
-Rezeki hadir ke masjid setiap waktu sembahyang.
-Rezeki untuk istiqamah dalam melakukan ibadah.
-Rezeki kesihatan.
-Rezeki dipertemukan pasangan yang soleh/solehah.
-Rezeki dikurniakan cahaya mata.
- ...(tambah sendiri...)

In sya Allah. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah pun berlalu. Hakikatnya, begitulah konsep kehidupan Muslim yang sebenar, "Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini." 

Semoga keikhlasan dan amalan kita makin bertambah buat tahun ini, lantaran kita tahu bahawa ajal bukan menjauhi kita akan tetapi ia sentiasa dan akan terus menghampiri kita, tidak mengira usia sama ada tua atau pun muda, hanya tunggu masa untuk menjemput kembali ke rahmat Ilahi bila-bila masa sahaja. Sekian nukilan buat malam tahun baru. Wallahua'lam.

2 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. salam maal hijrah...
    semoga tahun baru ini kita diberikan barakah..
    Amin...

    BalasPadam
  2. Salam Maal Hijrah..Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Aminnn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama