Stories On The Way Home During Semester Break

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, petang tadi selamat sampai menjejakkan kaki di bumi tempat kelahiranku, Bumi Kelantan yang sentiasa dirindui. Sekarang sedang berada di rumah salah seorang rakan seperjuangan yang menawarkan perkhidmatan bermalam untuk semalaman di rumahnya. Terima kasih, sahabat!

Sepanjang perjalanan tadi, amat banyak kisah yang berlaku. Ingin dikisahkan di sini beberapa sahaja, In Sya Allah. 

Kejadian pertama

Dalam bas, saya duduk di sebelah seorang sahabat, di depan saya seorang lagi sahabat yang lain. Bas bertolak daripada Stesen Bas Kajang dan berhenti bagi mengambil penumpang yang berada di Stesen Putra, Kuala Lumpur. 

Seorang kakak naik ke tingkat atas datang menuju ke tempat kami dengan sedikit keanehan di wajahnya. "9B?" tanya kakak itu. Saya dan rakan d sebelah mendongak; 9B|9C, rupa-rupanya kami terlangkau satu baris ke belakang! Sepatutnya tempat kami di 8B|8C dan sahabat saya di depan sepatutnya 7C. 

Kenapa kami semua tak perasan, ek? Wallahua'lam. Alangkah, malunya perasaan tika itu... Nasib baik kakak itu, hanya senyum dan duduk je kat tempat 7C kat depan. Fiuh! Selamat! 

Kejadian Kedua

Berhati-hatilah ye...
Sepanjang perjalanan menuju ke jalan pulang, banyak kereta menghala ke arah Kuala Lumpur. Mereka inilah para penyokong The Red Warriors yang bergerak ke Stadium Bukit Jalil bagi menonton perlawanan akhir antara Kelantan dan Pahang! Gomo Kelate Gomo!

Tetapi sayangnya dalam banyak-banyak kereta yang gah dengan bendera Kelantan dan The Red Warriors, saya melalui sebuah kereta yang terjatuh dalam parit (gambar). Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Semoga Allah selamatkan perjalanan diorang dan selamatkan pengembalian mereka kelak. Gomo Kelate Gomo! Ya Allah, berilah kemenangan kepada The Red Warriors! Maaflah Pahang...

1 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama