Final Exam Semester 2 Tahun 1

Minggu ni tak berapa sempat nak update blog sebab banyak assignment dan projek yang kena siapkan dan nak hantar. Maklumlah sekarang dah hampir menuju ke akhir semester pengajian, banyaklah kerja kena buat.
Dalam dua minggu lagi maka bermulalah peperiksaan akhir semester di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ni. Minggu depan study week seminggu, rasanya kena fokus habis-habisan untuk study...baru dapat pointer yang memuaskan sebagai penghargaan kepada yang membiayai pengajian.
Hari terakhir exam dah rancang siap-siap dengan kawan-kawan nak pergi berkelah sebelum balik ke kampung halaman masing-masing. Bernas tak idea ni? Tapi saya rasa mungkin dah ramai kut yang buat camni, cuma saya yang baru first time buat...huhu
Nanti tengok la dulu macam mana progress minggu depan dan minggu depan satu lagi, adakah blog ni akan terus hidup, atau hanya sepi seketika dan hidup kembali di kemudiannya.
"Andainya Tuhan mengambil nyawaku terlebih dahulu, semestinya blog ni akan terus mati, sebagaimana matinya penulis blog ini..."

5 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama