Seorang pekerja di sebuah syarikat sering mengeluh kerana setiap tahun pasti akan ada tatacara kerja baru yang mesti dipraktikkan oleh setiap pekerja. Oleh itu, setiap kali tibanya awal tahun pasti dia akan merasai kesukaran untuk mematuhi tatacara yang telah ditetapkan.
|
Gambar hiasan |
Kesilapan yang dilakukan tidak perlu cerita lebih-lebih, ia semestinya berlaku kerana dia belum biasa lagi dengan perkara tersebut. Dia sering merungut, "Kenapa nak buat cara baru yang menyusahkan? Bukankah yang kita buat dulu dah senang? Kenapa nak menyusahkan?"
Namun, apa sangat dia sebagai seorang pekerja boleh buat, hanya dapat mengikuti sahaja perkara baru yang ditetapkan memandangkan semua itu diaturkan oleh majikan.
Setelah beberapa bulan berlalu, tanpa disedari, pekerja itu sudah pun terbiasa dan menyukai tatacara yang pada awalnya dikatakan menyusahkan kerja itu. Kesilapan pun dah semakin berkurangan dan kerja makin mudah dijalankan.
Tatacara kerja baru itu akhirnya telah menyebabkan para pekerja semakin bersemangat untuk melakukan tugas mereka dan syarikat pun bertambah maju.
Pengajaran: Terkadang kita akan rasa bahawa perkara baru akan terasa amat menyusahkan. Tetapi jika perkara tersebut adalah perkara yang baik dan positif, maka kemudahan dan kejayaanlah yang akan menyusul. In sya Allah.
mula2 mmg susah. tp lama2 akan jd biasa dan mudah. :)
BalasPadam#hana balas kunjungan :)
terima kasih.
PadamSesuatu pembaharuan pasti akan ada pro dan kontra...tapi bila dah lama, mungkin kerana pasrah, terpaksa atau mula menyukai...akhirnya ianya akan menjadi biasa.
BalasPadamLama-kelamaan kita akan redha juga akhirnya walaupun tanpa disedari..
PadamSetiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Klu kita ambil negatif dlm setiap perkara tu, maka negatiflah ia.. nk buat pun x de semangat. Sekurang2nya hadapilah dgn harapan yg positif, mudah2an dipermudahkan semuanya menjadi satu kebiasaan yg tidak membebankan.. in shaa Allah.. :)
BalasPadamIn sya Allah~
Padamapa-apa perubahan pun, pda mulanya memang susah sikit.
BalasPadamkata org, alah bisa tegal biasa..
bila dah biasa memang takkan terasa bisa!
Padamlama2 t biasa kan..
BalasPadamya, betul!
PadamSikap manusia memang tak suka kepada pembaharuan. Itu namanya sudah berada di zon selesa. Kena paksa rela untuk suka.
BalasPadamBila dah suka semua menjadi biasa.
PadamAmbil masa untuk adapt semua pembaharuan..
BalasPadamYa, jarang nak jumpa orang yang terus dapat adapt dengan benda baru.
Padamtentu akan sebati dengan diri kita sekiranya dilakukan secara istiqamah, insya-Allah..
BalasPadamin sya Allah. Biiznillah~
Padammoga Allah permudahkan urusan kita semua.. =)
BalasPadamkita kena berdoa agar sentiasa dipermudahkan urusan kita...
Padamalah bisa tegal biasa
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)