Banner kontes - Klik untuk join |
Sebagai perkongsian saya berkaitan dengan kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini, saya ingin berkongsi tiga tips yang berkaitan dengan ilmu blogspot yang saya tahu dan pelajari sepanjang pengalaman blogging saya sendiri. Saya ingin berkongsi
tips blog nampak menarik, tips blog ramai pengunjung dan tips tambah follower blog.
Tips Blog Nampak Menarik
Tetapan layout di laman Blogger |
Untuk sesebuah blog kelihatan menarik, perkara yang perlu
ditekankan ialah susun atur widget blog. Aspek ini
perlulah kemas dipandang mata agar tidak kelihatan serabut dan senang
untuk diterokai oleh sesiapa pun. Cuba bayangkan sebuah kamar tidur yang
katilnya cadar dibetulkan, almari teratur, pakaian tersusun kemas dengan kamar
yang tidak diuruskan dengan baik dan barangan berterabur di sana sini. Yang
mana satu kita lebih rela untuk tidur dalamnya?
Seterusnya warna tema blog. Setiap orang ada warna
kegemaran masing-masing. Biasanya warna sesebuah blog itu mengikut citarasa
pemiliknya sama ada dia suka warna merah, ungu, jingga, hijau dan banyak lagi
pilihan warna yang lain. Sebolehnya elakkan penggabungan dua, tiga atau lebih
warna yang tidak sesuai diletakkan bersama melainkan blog anda sememangnya blog
pelangi.
Akhir sekali, paparan blog. Peranti apa yang anda
biasa gunakan untuk blogging selain desktop dan laptop? Setiap peranti yang
berlainan jenis maka lainlah paparan yang dilihat. Pastikan blog anda adalah
sebuah blog yang responsif. Informasi untuk buat blog responsif ada di sini.
Tips Blog Ramai Pengunjung
Mengundang pengunjung ke blog |
Pertama sekali, blog kita mestilah nampak menarik.
Cara untuk blog nampak menarik telah saya kongsikan pada tips di atas. Perlu
diingatkan bahawa pengunjung blog bukanlah sekadar blogger sahaja tetapi para
pengguna internet di seluruh dunia berkemungkinan menjadi pengunjung kita. Bila
ramai yang tertarik maka ramai yang akan suka untuk singgah selalu di blog
kita.
Keduanya masa loading blog mesti tidak terlalu lama. Jika
terlalu lama sesetengah orang akan bosan menunggu dan terus tutup tab yang
sedang loading blog anda. Apa yang melambatkan blog? Biasanya widget-widget
yang terlampau banyak diletakkan ataupun gambar-gambar. Kalau kita perhatikan
baik-baik, sesetengah blogger otai tidak menggunakan blog archive (arkib
blog). Kenapa? Ini kerana ia juga mempengaruhi masa loading blog dan saya baru
dapat penerangannya daripada entri yang dikongsikan baru-baru ini oleh Sifu Blogger di sini.
Ketiganya isi penulisan kita. Berkongsilah
maklumat-maklumat yang bermanfaat dan menjadi kesukaan ramai. Elakkan berkongsi
cerita peribadi sendiri mahupun mengumpat orang lain kerana pengunjung biasanya
tidak suka untuk membaca cerita yang entah apa-apa entah dan perkara yang
membazirkan masa mereka.
Akhir sekali untuk bahagian ini, rajinkan diri untuk
mempromosi blog sendiri. Promosikan blog anda di laman-laman sosial yang
banyak terdapat di alam maya. Selain itu, blogwalking juga salah satu cara yang
baik di samping meninggalkan komen di entri mereka. Biasanya jika kita kunjungi
blog seseorang dan meninggalkan komen, orang tersebut akan membalas balik
kunjungan kita.
Tips Tambah Follower Blog
Follower Pelawat Setia |
Aplikasikan segala ilmu yang terdapat dalam tips blog
ramai pengunjung yang disebut sebelum ini. Bila blog ramai pengunjung akan
ramai juga orang yang sudi jadi follower anda terutama bila anda sertai dan
kongsikan entri anda di laman sosial dan group-group blogger yang banyak terdapat
dalam Facebook dan Google+.
Jangan kita paksa seseorang untuk follow blog kita,
Contohnya komen di blog seseorang, “I follow you, you follow me back”. Biarkanlah
mereka sendiri yang buat keputusan untuk follow atau tidak. Cukuplah sekadar
kita beritahu kita follow blognya sahaja supaya dia tahu kehadiran kita.
Selain itu, mudahkan orang untuk follow blog kita. Caranya
letakkan widget blog follower di kawasan yang mudah dilihat dalam blog. Contohnya letaklah di bawah header blog ataupun di atas entri blog. Kalau nak letak di sidebar disarankan untuk letak di bahagian yang atas berbanding widget-widget yang lain.
Sekadar itu sahaja yang mampu saya kongsikan berdasarkan
sekelumit ilmu blogspot yang saya ada. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu blogger-blogger yang masih tercari-cari tips blogger sebegini. Saya
juga masih belajar untuk meningkatkan prestasi sendiri.
Wallahua'lam.
Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Wallahua'lam.
T kasih diatas perkongsian tips & nasihat wafi.. all the best.. :)
BalasPadamAlhamdulillah,ilmu yang sngat bguna kpada warga blogger.. nice..
BalasPadam^_______________________^
ilmu yang sangat berguna terutama kepada new bloggers
BalasPadamtips yg menarik..byk perkongsian tips bermanfaat yg yumida akan belajar dari sini..nice sharing
BalasPadamJom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
Terima kasih turut berkongsi sama:)
Padamilmu yg berguna..
BalasPadamSalam Jumaat & Good luck wafi!!!
BalasPadamSatu perkongsian ilmu yang sangat jelas dan mudah difahami...
BalasPadamSemoga anda berjaya... :)
Amin...
PadamHye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamtips yang sangat menarik...
BalasPadamPerkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua blogger. Tahniah! Semoga berjaya.
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih.
PadamNice tips. Selamat bersegmen :)
BalasPadamNice tips :) Hihi dah lama tak meng-google cara nak naikkan blog
BalasPadamJadi bila dah jumpa apa kata kongsi pada kawan2:)
Padamsgt berguna info ini..
BalasPadamthanks for d sharing
BalasPadamNice sharing. Jemput baca sini http://pelangiraudhah.blogspot.com/2014/02/cerpen-sebuah-kehidupan.html :)
BalasPadamOh, ada kisah baru pula...nak kena baca nih..hehe
Padamperkongsian yg baik.. hari tu ada nmpak kontest ni.. tapi masa tu boleh online kejap je, x sempat nk karang entri.. heheh.. all the best..
BalasPadamOk
PadamGoood Tips...I always having problem getting readers & followers..
BalasPadamJust sharing something that I know.
PadamJemputlah datang lagi^ ^
BalasPadamTerima kasih diatas perkongsian , info yang amat berguna untuk blogger-blogger yang baru berjinak dalam bidang ini. Penerangan yang jelas dan ringkas amat mudah di fahami. Gud luck semoga terus berkongsi info sebegini.
BalasPadamIn sya Allah...selagi diizinkan-Nya...
Padamsemoga terus berjaya :)
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)