Lagi Besar Lagi Bagus

Seorang kanak-kanak bersama ibunya pergi ke sebuah kedai.

Penjaga kedai melihat ke arah kanak-kanak yang comel itu sambil tersenyum dan menunjukkan satu balang terisi dengan gula-gula. Dia berkata, "Wahai Si Kecil, awak boleh ambil gula-gula ni..."

Tapi kanak-kanak itu tidak ambil pun.

Seorang budak memegang balang gula-gula
Kredit
Penjaga kedai itu terkejut... manalah nak jumpa budak yang ditawarkan gula-gula tapi tak mahu ambil? Sekali lagi dia suruh ambil gula-gula...

Si Ibu yang terdengar perkara itu juga berkata, "Ambillah gula-gula tu, sayang." Tapi dia tetap tidak mengambilnya.

Melihat keengganan kanak-kanak itu, penjaga kedai mengambil sendiri gula-gula dalam balang dan berikan kepadanya. Budak itu sungguh gembira kerana mendapat gula-gula penuh dalam tangannya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Si Ibu bertanya kepada anaknya, "Kenapa kamu tak ambil sendiri gula-gula tu masa penjaga kedai suruh ambil?"

Cuba teka, apa jawapan budak tu?

Budak tu menjawab, "Ibu, tangan saya begitu kecil, kalau saya ambil sendiri saya hanya boleh ambil sikit je, tapi Ibu pun lihat sendiri masa pak cik penjaga kedai tu bagi dengan tangannya yang besar... Lihatlah berapa banyak lagi gula-gula yang saya dapat!"

Segalanya kembali kepada Tuhan. Apabila Allah memberi, Dia akan memberi lebih lagi daripada yang kita sangkakan...lebih banyak daripada apa yang kita mampu pegang!

Wallahua'lam.

26 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. perkongsian yg baik..tq fir sharing..:D

    BalasPadam
  2. Allah memang nak beri kita sesuatu yg lebih besar dr jangkauan akal kita, tapi kita pilih tak mahu mengejarnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sering melepaskan peluang yang ada...huhu

      Padam
  3. SALAM...SINGGAH SINI :) http://syiralokman.blogspot.com/2014/01/seratus-sunnah-rasulullah-saw.html MUNCUL KEMBALI ! ^_^ HEHE..

    BalasPadam
  4. Allahuakbar !! indahnya :) terima kasih atas perkongsiannya

    BalasPadam
  5. In shaa Allah.. aamiin.
    hehee.. bijak2 budak tu.. :)

    BalasPadam
  6. menarik kisah ni...pandainya budak tu :)

    BalasPadam
  7. good one wafi..salam hujung minggu ya!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tadi baru exam, dah tak rasa macam hujung minggu...huhu

      Padam
  8. Oh wow, that is really true ^^
    Don't stop making dua cause He will give us more than we ever wanted inshaaAllah

    BalasPadam
  9. Comelnye budak tu...! kisah yang simple tapi sarat dengan pengajaran :)

    BalasPadam
  10. Terima kasih perkongsian ini...

    BalasPadam
  11. Nice sharing en wafi :) bw here :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama