Akibat Menipu Ramai Orang

Zaman sekarang macam-macam cara orang boleh guna untuk mendapatkan wang secara mudah. Di sini saya nak bagi contoh dua golongan iaitu yang menyertai peraduan gores dan menang dan golongan yang menganjurkan peraduan itu.
Sindiket yang menganjurkan peraduan sebegini banyak terdapat di negara kita. Mereka biasanya beroperasi dengan cara mendekati mangsa di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pusat membeli-belah. Orang yang dikatakan bertuah terpilih untuk memenangi hadiah istimewa daripada 'syarikat' seperti pakej pelancongan, kereta sehinggalah wang tunai beratus ribu ringgit.

Jangan tertipu peraduan gores dan menang. Akibat menipu.
Gambar hiasan

Walaupun dah banyak kes penipuan berlaku dan dilaporkan serta disebarkan dalam media massa tapi masih ramai yang tertipu dengan peraduan sebegini. Mungkin sebab caranya mudah dan hadiah yang ditawarkan agak lumayan. Sebab apa masih ramai yang tertipu? Wallahua'lam, tak tahulah kenapa.
Pernah berlaku, sebuah premis gores dan menang telah diserbu oleh sejumlah lelaki yang ahli keluarga mereka pernah ditipu menerusi peraduan gores dan menang. Beberapa kakitangan syarikat berkenaan telah dibelasah dan salah seorang daripada cedera. 
Mungkin itu 'ganjaran' yang mereka dapat kerana banyak menipu orang dan mencari duit dengan cara yang haram. Itu baru habuan di dunia, kalau di akhirat nanti hanya Tuhan yang tahu betapa azabnya mereka memakan hasil daripada pekerjaan haram. Semoga kita dijauhi daripada seksa yang pedih. Amin.
Janganlah kita mudah terpedaya dengan sekadar ganjaran yang ditawarkan di atas kertas mahupun dalam kata-kata, yang boleh dimenangi hanya dengan goresan dan bayaran yang dirasakan sedikit sahaja. Kelak kita yang menyesal jua. Jangan lupa nasihatkan juga kepada orang-orang terdekat kita, jangan bagi mereka terjebak sama.
Wallahua'lam.
Rujukan 1, 2

19 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. Issue sebegini kerap direfresh tapi still ramai yang masih terus mempercayai benda2 yg "too good to be true" sebegini.. pelik pun ada... mungkin mengharap keajaiban tu berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. keajaiban yang ibarat menunggu kucing bertanduk...

      Padam
  2. Kes tipu menipu ni dh semakin meluaskan...lagi2 dunia dh semakin canggih..makin canggih jugak la cara dorg nk menipu..kita sebagai pengguna harapnya berhati2..jgn smpai tertipu sudah...

    BalasPadam
  3. jgn percaya dah gores n menang ni.. hhuhu

    BalasPadam
  4. pelik masih ada orang masih percaya dengan agen seperti ini.. waimah dah banyak di khabarkan di media massa mahupun media cetak

    BalasPadam
  5. Dia orang memang tak pernah serikkan...hmm!!!

    BalasPadam
  6. Dulu selalu banyak la pasal ni..
    Abah yaya pun pernah dah kena..lepas tu dia suruh beli brg mcm2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah, tu tujuan sebenar...nanti dia yang dapat untung

      Padam
  7. Semoga kita semua tidak tertipu dgn perancangan2 yg tak betul ni...

    BalasPadam
  8. takutnya, minta dijauhkan dri perkara yg tdk baik mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kita dijuahkan daripada perkara yang tidak diingini

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama