Kelebihan Blog Sendiri

Masih kuingat dulu-dulu, saat ditugaskan untuk tazkirah tak kiralah sama ada tazkirah online mahupun lisan seringkali susah nak fikir tentang apa aku nak kongsi dengan kawan-kawan ni.

Aliran masa terus berlalu, kini setelah kuaktif berblogging kembali perasaan susah untuk mencari modal tazkirah itu kian lama makin pudar. Terus terlintas dalam fikiran, apa yang nak disusahkannya? Ambil je lah isi dalam entri-entri yang disiarkan dalam blog sendiri ni!

wafiremli.blogspot.com header in heart shape


Lagipun isi-isi pun senang nak ingat sebab semuanya tulis sendiri. Well, this is my blog and I’m the writer! Dengan kata mudah, tak perlu susah-susah cari sumber modal yang lain melainkan dalil-dalil yang semestinya memerlukan rujukan. Jadi tak salahkan saya berkongsi kembali apa yang saya kongsikan di sini. Nama lagi tazkirah, nak memperingat kembali apa yang kita dah tahu.

Tambahan pula, saya banyak membuat perkongsian tentang kisah-kisah yang ada hikmah pengajaran tersendiri di sebalik kisah tersebut dan saya tahu ia semestinya menjadi tarikan kerana ramai orang lebih suka dengar tazkirah secara santai dalam bentuk cerita.

Sebenarnya saya bukanlah seorang yang biasa sangat bercakap di hadapan (public speaking) tapi sekali sekala tu adalah sekadar memenuhi tugasan tazkirah dan memberi makluman kepada ahli-ahli dalam kelab, tidak lebih dari itu.

Pengajaran yang saya dapat di sini ialah tidak sia-sia jika berblogging! Percayalah, semestinya ada hikmah di sebalik berblogging ni sama ada penulisan anda bertambah baik, anda makin kaya bahasa, berkongsi ilmu sesama blogger lain dan mungkin juga situasi seperti yang saya hadapi; senang cari modal tazkirah.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca yang sentiasa menyokong saya untuk meneruskan penulisan blog ini. Segala jasa baik anda saya amat hargai dan tidak ternilai harganya: )

41 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. betul2... semoga amalan tuan blog diberkati Allah :)

    BalasPadam
  2. Yup.. bab penulisan semakin baik tu saya setuju.. Dalam kita menulis entry secara x sedar kita memperbaiki penulisan kita. Memang x sia2 :)

    BalasPadam
  3. Setuju...blogging ni banyak kelebihan yang boleh kita miliki..salah satunya macam bro katakan lah..dapat perbaiki tahap penulisan kita..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dulu teruk sangat sekarang dah ok la jugak...

      Padam
  4. Benar. Walaupun sedikit ... ada cambah dan pucuk ...

    BalasPadam
  5. Betul tu.. semoga berterusan menyebarkan & berkongsi ilmu kebaikan..

    BalasPadam
  6. teruskan usaha ini.... sesuai kalau adik2 kita baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar mereka juga dapat gunakan platform blog sebagai tujahan untuk diri sendiri dan orang lain...

      Padam
  7. alhamdulillah.. bagus la.. dulu masa kat sekolah selalu jugak kena bagi tazkirah.. lepas asar ada jadual untuk student form 4 n 5 bagi tazkirah ringkas.. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang la, masa sekolah pun ada macam ni gak...haha

      Padam
  8. setuju tuu..semoga makin baik :)

    BalasPadam
  9. Jangan terlalu terbeban... Jadikan perkongsian satu penyampaian. Ikut cara sendiri. Walaupun kadang kala benda yg sama diulang...tapi perkara yg baik wajar sama2 saling mengingati. Blog punya kebihan bagi mereka yg tahu menggunakannya...semoga terus suksess dalam apa jua yg dilakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasihat yang amat berguna. Terima kasih, tuan BM: )

      Padam
  10. lain org, lain kebolehan dan kelebihannya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, setiap orang ada kelebihan cuma mungkin lain2 kelebihan itu...

      Padam
  11. semoga bermanfaat juga pada yang membacanya

    BalasPadam
  12. Betul tu at least kalau Public speaking hancus boleh tulis kat Blogkan..dua-dua ada ganjarannya..so make use of it!!!

    BalasPadam
  13. ya betul byak kbaikan blog ni..kita sendiri kena pandai gunakan :P

    BalasPadam
  14. Perkongsian dengan hati yang ikhlas akan tenang terasa untuk dikongsikan. Moga kita sama-sama dapat belajar dan berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  15. yea dunia blogging kita sama-sama jadikan blogspot sebagai medium bermanfaat di mana ilmu dicari dan dikongsi bersama :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kiralah apa2 jua medium asalkan semuanya bermanfaat: D

      Padam
  16. Teruskan sebarkan kebaikan... Keep blogging...

    BalasPadam
  17. banyak kebaikannya ..suka membaca di sini teruskan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sya Allah...selagi ada yang menyokong...

      Padam
  18. semoga apa yg wafi buat memberi manfaat kepada semua pembaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi ilmu yg disampaikan itu org guna, selagi itulah kita akn dpat ganjarannya..

      Padam
  19. Bagus amalan memberi tazkirah tu...saling ingat memperingati..teruskan berblog

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama