Nur Lembah Pangsun

Sepanjang hujung minggu yang lepas, saya berada di Nur Lembah Pangsun (NLP), Hulu Langat kerana saya menyertai suatu program selama tiga hari dua malam anjuran sebuah persatuan di kampus saya. Program ini sebenarnya bertujuan untuk memberi pendedahan tentang susur galur dan struktur organisasi persatuan ni kepada ahli-ahli baru.

papan tanda nur lembah pangsun hulu langat selangor malaysia
Nur Lembah Pangsun

Program ni boleh dikategorikan juga sebagai kem kepimpinan sebab kami diajar cara mengendalikan mesyuarat ataupun perbincangan, membuat perancangan program siap degan pembahagian tugas dan disediakan beberapa permainan bagi menyedarkan kita hakikat sebenar ranjau dan liku-liku dalam kehidupan. Kalau nak ceritakan semua mungkin tidak mampu tapi begitulah gamaknya gambaran secara kasar program yang kami sertai tempoh hari.

Berbalik kepada tujuan asal entri, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Nur Lembah Pangsun yang merupakan salah satu cabang dalam Nur Eco Resorts. Tempat ini merupakan sebuah pusat peranginan yang dikelilingi alam semula jadi yang menjadi daya tarikannya.

Berdasarkan kedudukannya, ia terletak dekat dengan alam dan tidak jauh daripada bandar. Kalau nak kira daripada Kuala Lumpur mungkin tak sampai sejam dah sampai ke sana. Kalau nak alamat lengkap bolehlah rujuk sini. (klik)

NLP bukanlah sebarang pusat peranginan yang biasa, ia juga boleh menjadi tempat yang bakal memberi anda pengalaman baru dengan banyak aktiviti-aktiviti menarik yang tersedia. Ia amat sesuai untuk buat program sekolah, universiti, hari keluarga, kursus, seminar, mesyuarat dan banyak lagi!

Saya ada baca senarai aktiviti yang terdapat di situ dalam banting yang tergantung di dalam kawasan. Memang banyak dan rasanya tak sempat kalau nak buat semua tu dalam masa sehari. Antara aktiviti yang tersedia ialah flying fox, wall climbing, jungle trekking, solo night walk, kayak, ekspedisi mencabar dan macam-macam lagi! Saya baca pun dah teruja kerana banyak aktiviti yang saya tak pernah cuba lagi.

Tempat penginapan ada banyak jenis daripada jenis villa, homestay, chalet, dorm dan juga tapak perkhemahan. Selain itu, ada juga kemudahan lain seperti surau, dewan seminar, wakaf dan satu padang yang diletak nama ‘Stadium Nur Lembah Pangsun’. Sebenarnya ada tasik yang menjadi pemandangan di hadapan chalet-chalet tapi masa saya pergi hari tu nampak macam takde air je...kebetulan kut.

Setakat itu sahajalah penerangan saya tentang NLP. Saya sendiri pun tak terokai sampai habis satu NLP sebab program saya hanya berlangsung di bahagian hadapan sahaja.  Kesimpulannya, NLP amat sesuai untuk anda makan angin bersama keluarga, nak buat reunion dengan kawan-kawan lama atau buat apa-apa kursus dan seminar sama ada peringkat sekolah mahu pun kampus. In sya Allah, anda tidak akan menyesal!

p/s: Maaflah sebab tak sertakan gambar banyak-banyak.

18 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. perkongsian yg menarik.. tapi gambar tu x boleh nk tengok la...

    BalasPadam
  2. oo patutlah ade nur.. haha.. lama dh tak g sana

    BalasPadam
  3. Not Bad nama tempat ni..dah macam nama orang..tapi agak menakutkan..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 susah nak ingat, pastu ingat keyword dia: NLP, baru boleh sebut dengan betul...

      Padam
  4. Pernah pergi Lembah pangsun ni tapi bukan di kem tu la.. Masa tu dapat jemputan Bos ke rumah inapnya disana. Tempat yg cantik dan nyaman. Masih terpelihara keindahannya. Paling best kalau musim buah :)

    p/s: Geram tgok header...mcm sesuai utk niche blog relaks minda jer...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe...header baru buat semalam. Masih ada penambah baikan perlu dilakukan: )

      Padam
  5. macam pernah dengar,... oo.. gitu kisahnya..

    BalasPadam
  6. Emm cantik nama tempat ni..rasa macam nak jenguk ini tempat..try jungle trekking mesti menyeronokkan..hehe

    BalasPadam
  7. Lama dah tak ke pangsun, tp tak tau pun ada nama tempat mcm tu di sana.. thanks sharing Wafi. Semoga ilmu yg diperolehi dpt membantu ke arah kebaikan semua.. :)

    BalasPadam
  8. Agak menakutkan nama tempat tu.. tapi bila dah baca artikel ni, menarik.

    BalasPadam
  9. Oh, begitu sejarahnya. Tapi tak pernah pergi pun tempat tu.

    BalasPadam
  10. baru nak tngk gambar. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama