Kemiskinan Orang Kaya

Alkisah seorang lelaki yang begitu kaya. Dia mempunyai bangunan dan harta yang sangat banyak. Apabila telah tiba masa tuanya, dia telah jatuh sakit dan hanya menghitung hari-hari terakhirnya. Beberapa hari sebelum kematiannya, orang tua itu selalu berkata, “Ana faqir, ana faqir” yang bermaksud, “Aku miskin, aku miskin.”

orang pegang banyak wang
Sumber: Google

Apabila anak-anaknya yang sedang berada di sisi ketika itu mendengar pernyataan tersebut, mereka membawa si ayah ke sekeliling, menunjukkan semua harta kekayaan yang dimiliki dan cuba meyakinkannya bahawa dia tidak miskin. Namun begitu, dia tetap berkata, “Ana faqir, ana faqir”.

Bimbang dengan keadaan itu, anak-anaknya membawa seorang ustaz untuk bertemu ayah mereka. Setelah beberapa lama meluangkan masa bersama orang tua itu, fahamlah si ustaz bahawa yang dikatakan miskin itu bukanlah miskin harta tetapi kurangnya amal soleh.

Ini kerana hidupnya selama ini hanya untuk mengumpul harta kekayaan dan sekarang dia sedang terbaring atas katil, menunggu saat-saat kematian. Dia sedar bahawa dia sepatutnya lebih menggunakan masa sebaiknya untuk beribadah kepada Allah. Di saat kematiannya juga dia masih menyebut, “Ana faqir.”


Selama ini telah banyak masa yang telah kita bazirkan untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Janganlah kita membiarkan walaupun satu saat berlalu tanpa kita mengingati Allah. Setiap ingatan kita kepada Allah akan meningkatkan posisi kita di akhirat nanti. Apa kata kita jadi kaya di akhirat yang kekal abadi walaupun tak kaya di dunia? Pilihan milik anda sendiri.

38 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. "Astaghfirullah al Azeem al-ladhi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum wa atubu ilaih"
    Selalulah memohon keampunan...Kita ini insan yg lemah, sering terlalai dan terleka dengan nikmat dan urusan dunia...(peringatan utk diri sendiri juga ni)

    ردحذف
  2. Dunia ni kan tpt persinggahan sementara, akhirat jugalah yang kekal selamanya.

    ردحذف
  3. ya miskin di dunia dosa.. kaya di akhirat dgn pahala
    salam jumaat :P

    ردحذف
  4. Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan org2 yg fakir... aamiin.. Salam Jumaat Wafi..

    ردحذف
  5. Dalam masa kita mengejar harta di dunia jangan lupa harta di akhirat juga. Terima kasih atas peringatan ini.

    ردحذف
  6. perkongsian yg baik.. smoga kita semua sama2 dapat ambil pengajaran..

    ردحذف
  7. Perkogsian yang mengingatkan diri kita bahawa bekalan akhirat itu perlu diutamakan =)

    ردحذف
  8. Secebis kisah tauladan untuk peringatan dan pedoman untuk kita semua...masyaAllah..

    ردحذف
  9. sangat menyentuh hati, benar.. jangan sia-siakan hidup dengan banyak sangat buat perkara yang melalaikan kita dari ingat Allah...

    ردحذف
  10. sebuah kisah renungan yang patut diambil iktibar. smoga kita selalu beringat.

    ردحذف
  11. kaya ibadah ni mudah jer . cuma nak buat atau tak ...

    ردحذف
  12. stuju kat atas..wafi tgk masyarakat kita mcm mane skrg..

    ردحذف
  13. Allahu rabbi.. semoga akhir kalam kita nanti tergolong dalam kalangan orang yang beramal soleh...

    ردحذف
  14. Dunia ini hanya sementara. Salam Jumaat

    ردحذف
    الردود
    1. kadang2 kita terlalu mengejar dunia hingga lupa tentang akhirat..

      حذف
    2. pilihan kita sendiri sama ada nak letak diri ke arah kebaikan atau campak ke arah keburukan

      حذف
  15. takpa la miskin dunia, jangan miskin akhirat, rugi.

    ردحذف
    الردود
    1. Rugilah sesiapa yang miskin apatah lagi faqir di akhirat

      حذف
  16. terima kasih memberi peringatan untuk orang orang diluar sana..nice sharing..saya pun miskin dunia..tapi saya kejar harta akhirat..iman masih teguh..alhamdulillah..:-)

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم