Suka Tengok Gadis

Alkisah seorang pemuda yang mempunyai tabiat buruk melihat gadis-gadis. Pemuda ini mengadu kepada gurunya, "Saya rasa bersalah dengan tabiat buruk saya ini tapi saya tak mampu untuk membuangnya! Saya tak mampu untuk menahan diri daripada melihat gadis-gadis di pasar, apa perlu saya buat?"

Gambar dua orang lelaki sedang tengok dua orang wanita pakai niqab
Gambar hiasan


Gurunya memberi segelas susu yang yang penuh hingga ke tebing gelas dan meminta salah seorang muridnya yang paling taat dan dipercayai untuk menemani pemuda itu ke pasar. Dia berpesan kepada muridnya, "Seandainya susu di dalam gelas ini tertumpah walaupun sedikit, jangan kamu teragak-agak untuk pukul dia di hadapan orang ramai di pasar nanti."

Sudah tentu pemuda ini dapat membawa gelas yang dipenuhi susu itu dengan berhati-hati tanpa menumpahkannya walau sedikit kerana bimbang akan dimalukan di hadapan orang ramai. Setelah berjaya keluar daripada pasar dia kembali menemui dengan gurunya.

Guru bertanya, "Sekarang beritahu saya berapa orang gadis yang kamu nampak sepanjang perjalanan dekat pasar tadi?" Dia membalas, "Saya tidak sempat melihat sesiapa pun dalam perjalanan tadi sebab tumpuan saya hanya pada segelas susu itu. Saya khuatir akan dipukul di hadapan orang ramai kalau susu itu tumpah."

Guru memjawab, "Begitulah juga apa yang patut dilakukan oleh seorang Muslim dan Mukmin yang sebenar. Orang yang betul-betul yakin dan percaya kepada Allah tidak akan berani melakukan sebarang dosa kerana akan malu apabila amalannya akan ditayangkan di hari akhirat jika dia melakukan dosa. Mereka akan sentiasa berusaha untuk menahan diri mereka daripada melakukan sebarang dosa kerana tumpuan mereka sentiasa fokus kepada hari penghisaban kelak!"

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka." (Surah An-Nur, 24: 30)

47 تعليقات

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. hmmm..cerita yang baik wafi..kita tak akan lakukan sesuatu jika kita yakain ada yang melihat kita...dan pastinya Allah sentiasa memerhatikan gerak geri hambanya...

    ردحذف
  2. subhanaALLAH.. sangat mengisafkan... terima kasih beri peringatan kepada diri ini yang banyk kelemahan

    jangan lupa vote acik untuk favourite lifestyle

    ردحذف
    الردود
    1. Sentiasa menyokong acik selagi acik membawa kesedaran dan manfaat kepada masyarakat. Keep it up!

      حذف
    2. terima kasih Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

      حذف
  3. Kepercayaan itu asas keimanan.. semoga menjadi peringatan & renungan yg baik utk kita semua. T kasih diatas perkongsian Wafi..

    ردحذف
  4. Terima kasih ....satu perkongsian yang baik...

    ردحذف
  5. Subhanallah... hebatnya cerita dan pemilik blog ini... Inilah salah 1 Techno Da'ie yang diperlukan. Syabas! Teruskan ya

    ردحذف
  6. Satu perkongsian yang hebat dan menarik.. :)

    ردحذف
  7. Satu kisah yang sangat hebat! Menarik sekali kerana sangat jelas maksudnya melalui kaedah dan perbandingan yg dilakukan. Terasa sungguh kekurangan diri ini, bersamalah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Terima kasih Wafi!

    ردحذف
    الردود
    1. Ya, kita bukannya seperti nabi yang sentiasa meningkat keimanan, kita hanya manusia biasa yang perlukan sesuatu untuk menjaga keimanan kita...

      حذف
    2. Salam Wafi,
      Soalan anda dlm komen anda di artikel pageview & bouce rate tempohari, Maaf, saya kurang faham dgn maksud anda. Nak buang link (internal & external) dalam blog? Boleh jelaskan lebih lanjut...

      حذف
  8. Anologi yang sngat mmbri kesan..In Shaa Allah..

    ردحذف
  9. Membaca entri yang dikaitkan dengan kisah ini sangat membuka minda kita untuk muhasabah diri. Terima kasih.

    ردحذف
  10. Menarik kisah ini. Moga ianya menjadi panduan untuk semua

    ردحذف
  11. alhamdulillah perkongsian yang berguna..

    ردحذف
  12. menarik perkongsian ini, sememangnya kita mampu menumpukan pada yang lebih membawa kebaikan..semoga kita mampu menilai kembali diri kita bersama..

    ردحذف
  13. geliga otak guru tu, nice sharing :)

    ردحذف
  14. mudahan kita semua mendapat pengajarannya dari kisah ini, terima kasih perkongsiannya.

    ردحذف
  15. cerita yg menarik.. smoga kita sama2 dapat menundukkan pandangan..

    ردحذف
    الردود
    1. "Susahnya lelaki nak tundukkan pandangan sebagaimana susahnya perempuan nak tutup aurat"...pernah jumpa ayat lebih kurang camni...

      حذف
  16. Duh! tersentap baca cerita ni. Malu pun ada juga.

    ردحذف
  17. Hidup kita ini di bawah CCTV Allah 24x7 ......BEWARE !!

    ردحذف
  18. cerita yang menarik... kisah tentang susu ini.. ada pengajarannya...

    ردحذف
  19. cerita yg baik....membuat aku terfikir akan dosa2 ku yg lalu

    ردحذف
  20. apa pun, fokus tu yang paling penting..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

أحدث أقدم