Al-Sinni: Restoran Cina Muslim BBQ dan Steamboat

Ini bukanlah kisah yang baru, tapi tahun lepas punya. Saya dengan rakan-rakan sekuliah telah berpakat untuk berbuka puasa beramai-ramai (ifthor jamaie) di Restoran Al-Sinni, sebuah restoran Cina Muslim yang terletak di Kajang, Selangor.

Banner Restoran Cina Muslim Al-Sinni
Al-Sinni
Antara maklumatnya:

  • AL-SINNI | Chinese Muslim Restaurant
  • Lot No.5077-C Jalan Air Hitam, Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor.
  • GPS (2.947311, 101.738403)
  • 010-7700 517
  • www.alsinni.com

Apa yang saya nampak, restoran ini menyediakan pelbagai hidangan dan hidangan utamanya semestinya steamboat! Kita boleh pilih mahu sup atau tomyam sebagai kuah utama kita nak rebus bahan-bahan yang ada. Antara bahan-bahan yang disediakan adalah bihun, mee, tofu, makanan beku (frozen food) dan lain-lain lagi.

Tidak dilupakan juga BBQ dan juga ais krim yang turut tersedia. Kita boleh masak ayam, daging, udang dan macam-macam lagi dengan alat-alat yang diberikan. Semuanya dilakukan sendiri! Pasti enjoy bila kita bersama keluarga atau rakan-rakan sebab ia boleh dianggap sebagai pengalaman baru bagi orang yang tak pernah buat lagi.

Selain itu, pemilik restoran iu amat mesra sekali dengan para pelanggan termasuklah dengan kami. Setalah semua orang hampir sudah makan, kami telah mengelilingi beliau yang sedang bercerita sekaligus menjadi fokus utama pada malam itu.

Antara soalan yang masih saya ingat; ditanya oleh seorang kawan saya kepada tuan restoran (kami bercakap dalam bahasa Inggeris tapi saya terjemahkan di sini): "Kenapa orang yang baru kembali kepada Islam lebih kuat imannya daripada orang yang Islam sejak lahir?"

Jawapan lebih kurang macam ini: "Ini kerana kami melakukan pengorbanan yang besar. Kami sanggup meninggalkan keluarga yang tidak dapat menerima kami yang telah menganuti agama Islam. Saya amat sayangkan ayah, mak saya dan saya masih sayangkan mereka sehingga sekarang tapi apakan daya mereka tidak boleh terima saya. Oleh kerana saya lebih sayangkan agama ini, maka saya dengan berat hati meninggalkan mereka."

Betapa tersentuhnya hati ini mendengar jawapan sebegitu. Mungkin ini salah satu rahsia perbezaan tahap keimanan (secara zahirlah katakan) antara orang yang baru kembali pada Islam dan orang yang Islam sejak lahir. Mereka telah mengorbankan segala yang penting dalam hidup mereka semata-mata untuk berpegang teguh dengan agama Islam tercinta. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

Wallahua'lam.

37 Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

  1. betol jawapan beliau... mereka berusaha untuk dapatkan islam, tapi kita 'dapat' free macam tu je...

    BalasPadam
  2. tersentuh dengar.. saya akui dengan kebenaran kata2 beliau tu,

    BalasPadam
  3. Jawapan yang betul-betul ikhlas Wafi..pengorbanan yang dilakukan bulancalang-calang. Ada yang Family..Tapi kita yang sedia ada ni selalu takes things for granted...Hmmm. peringatan untuk diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun rasa 'amazed' dgn jawapan yang dia bagi...

      Padam
  4. Al sinni.. Zam selalu makan kat sana.. isteri kepada chinese yang peluk Islam tu, makcik kepada kawan baik zam di serdang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abe Zam selalu makan kat sana, bestnyer... Isteri dia pun baik gak, mesra je diorang layan pelanggan:D

      Padam
    2. anak saudara dia (kawan zam tu) yg selalu ajak mkn kat sana :) a ah, mmg mesra sb layan bercaka dgn pelanggan :)

      Padam
    3. Ooo, patutlah selalu pergi pun...

      Padam
  5. Teringat pernah makan kat Flamingo Kajang... chinese food... lama dah tak pergi Sg merab ni... Dari cerita tuan, restoran ni tentu special sekali... insyaAllah turun KL bila-bila akan cuba jugak pergi sana :D

    BalasPadam
  6. Bersyukurnya kerana lahir menjadi seorang Islam...dan sungguh kagum dgn pengorbanan mualaf yg sanggup melakukan apa sahaja demi memeluk agama Allah ini. Ingatan dan iktibar utk diri sendiri...

    BalasPadam
  7. steamboat dan grill combo sememangnya best, thanks for sharing info pasal kedai ni :)

    BalasPadam
  8. Mendalam jawapan tu.. subhanallah walhamdulillah.. Teringin juga nak ke sanalah nnti. Thanks sharing Wafi.. :)

    BalasPadam
  9. assalam...

    tersentuh hati dengan jawaban itu...mereka sanggup tinggalkan keluarga semata2 untuk agama islam...
    Tetapi kita dan keluarga kita yg sedia islam sejak lahir belum tentu kuat iman kita seperti mereka...

    BalasPadam
  10. jawapan yang sangat mendalam...yer mereka sanggup tinggalkan semuanya yang mereka sayang. Moga keluarga mereka akan memahami.

    BalasPadam
  11. kita mungkin x rasa sebab dari lahir lagi beragama islam.
    tapi diorang terpaksa berkorban keluarga,masyarakat semata2 nak peluk islam.
    memang kuat iman tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisakah kita menandingi mereka? Allahu Akbar.

      Padam
  12. selalu tengok mualaf lagi beriman dari kita yg asal Islam ni... tak sedih ke kita ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia sepatutnya menjadi pembangkit semangat kita utk tambah lagi amaln dan keyakinan kita.

      Padam
  13. nice entri . Salam Jumaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat. Salam Jumaat.

      Padam
    2. Munirah tak pernah makan steamboat.. huhu. teringin sangat..

      Padam
  14. betul.. masih teringat ada mualaf beri ceramah masa sekolah saya dulu.. dia boleh hafaz al-quran sekali dengan makna, tapi saya yang lahir sebagai islam, ingat2 lupa sahaja.. :'(

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. merasa kagum dengan jawapan beliau. Tidak semua orang memiliki keluarga yang memahami jalan yang kita pilih.

    BalasPadam
  16. oh! begitu jawapannya, menyentuh hati mendengarnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen yang berhikmah dan baik. Setiap komen anda amat dihargai:)

Terbaru Lebih lama